“Kami tidak akan menggantikan ketua pembangkang selagi beliau tetap adalah MP,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, selepas merasmikan Festival Georgetown di Kuala Lumpur hari ini.
"Kita masih kuat dan akan meneruskan agenda pembaharuan,” katanya.
Anwar dan PKR dikatakan mengalami tamparan pada Isnin lalu apabila hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamed Zabidin Mohamed Diah memerintahkannya membela diri kerana berpendapat Mohd Saiful adalah saksi yang “berkata benar dan berwibawa”.
Selepas beberapa siri paling tadah, PKR kini hanya mempunyai 23 kerusi di Dewan Rakyat, - jumlah yang sama dengan PAS manakala DAP memiliki 29 kerusi.
Bagaimanapun Lim enggan mendedahkan sama ada Pakatan mempunyai “Rancangan B” sekiranya Anwar didapati bersalah.
"Kami akan membuat pengumuman apabila perkara itu berlaku,” kata Lim sambil tersenyum dan menambah beliau perlu berhati-hati membuat kenyataan berhubung Anwar kerana ia mungkin diputar belit oleh pertubuhan media milik Umno.
"Kami masih tidak tahu bahawa ia impak positif atau negatif. Lagi ditindas, lagi tinggi menukar sesuatu krisis kepada peluang. Ia tidak semestinya negatif.”MalaysiaKini
Klik Di Bawah Untuk Ceramah Terbaru DSAI :
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...