Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Mei 01, 2011

DSAI ramal PRU-13 sebelum bulan Ramadan

TERKINI @ 12:29:43 PM 01-05-2011
May 01, 2011
KUALA LUMPUR, 1 Mei — Pendirian ultra Melayu makin ketara yang diperlihatkan oleh Umno selain kemunculan seks video yang bertujuan mencemar imej kepimpinan Pakatan Rakyat adalah petanda-petanda jelas pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Ogos ini.
Barisan Nasional (BN) menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti mudah.
“Saya boleh kata sebelum (bulan) puasa, sebelum Ogos (bulan Ramadan mengikut kalendar Islam). Jika tidak, sejurus selepas bulan puasa,” kata Anwar kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini.

Bulan Ramadan akan bermula awal Ogos di mana umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri awal September.
Sebulan selepas itu umat Islam akan pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Bermakna ada ruang selama sebulan antara awal Syawal sebelum musim haji bermula.
Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada 8 Mac 2008 dan mandat semasa akan berakhir April 2013.

Desas-desus sebelum ini menyebut pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan awal tahun ini, tetapi setakat ini ramalan itu telah meleset.
Malah ramalan seterusnya menyebut bahawa pilihan raya umum akan diadakan sejurus selepas pilihan raya negeri Sarawak, yang berakhir 16 April lalu, juga meleset.

Penganalisis dan pemerhati berkata tidak mungkin pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam sebulan dua ini ekoran prestasi di Sarawak di mana BN hanya memperoleh 55 kerusi, lebih rendah berbanding 2006, walaupun jumlah itu melebihi majoriti dua pertiga.

Selain undi populariti yang menurun, sokongan pengundi Cina juga belum kembali pulih.
Justeru, penganalisis dan pemerhati memberi tarikh baru pilihan raya umum iaitu pilihan raya akan diadakan pada suku akhir tahun ini ataupun awal tahun depan.

Video seks, yang si pelakunya didakwa mirip Anwar, telah didedahkan oleh “Datuk T” yang terdiri daripada tiga individu termasuk bekas ketua Pemuda Umno dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pada 21 Mac lalu — pada hari pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak, yang membuka laluan kepada pilihan raya negeri.
Anwar yang kini berhadapan dengan kes liwat keduanya menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan si pelaku dalam rakaman video itu.

Tiga hari lalu, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Anwar, Ketua Pembangkang, yang sejak lebih sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.
Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.
Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu.

Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan “lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”
Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada akan memanggil Anwar membela diri ataupun membebaskannya daripada tuduhan liwat itu pada 16 Mei ini.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider yang diadakan sehari sebelum rakaman video tidak diedit itu disiarkan, Anwar berkata, waktu BN menggunakan media arus perdana untuk membangkitkan isu video seks itu menunjukkan pilihan raya umum tidak jauh.
“Lihat bagaimana mereka (BN) menguruskan media, mereka kelihatan sangat terdesak . . . ini adalah kad terakhir mereka.

“Adakah anda boleh membayangkan mana-mana negara menggunakan pornografi sebagai bahan kempen khususnya negara-negara Muslim . . . saya tidak pernah melihat perkara ini ketika saya berada dalam Umno,” kata Anwar yang bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno.

Anwar dipecat pada September 1998.
Selain itu, Anwar juga memberi amaran bahawa pendirian Melayu ultra Umno sejak kebelakangan ini satu lagi petanda bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, memandangkan parti itu kelihatan semakin ekstrem untuk mendapatkan undi orang Melayu.
“Mereka perlu menggunakan (elemen) perkauman yang melampau ini . . . apa lagi mereka boleh lakukan?
“Kami tidak tahu apa yang Najib percayai... Utusan bercakap mengenai 1 Melayu manakala NST (New Straits Times) pula 1 Malaysia,” katanya lagi.TheMalaysiaInsider

 Komen : Ini lah masanya rakyat malaysia untuk mengubah kerajaan baru....Buang yang jijik(UmnoBN) ambil yang cernih lagi bersih(Pakatan Rakyat)
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...