Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Mei 25, 2011

Agen DSAI secara peribadi menyokong Mat Sabu (TP) dan Husam Musa (NP)...

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Datuk Husam Musa mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar tahunan kali ini.
“Atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri mengumumkan untuk menerima pencalonan bagi jawatan naib presiden.
“Kepada Allah saya bertawakkal dan bimbingan pimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah berat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan pada mulanya hanya bercadang untuk bertanding untuk AJK Pusat sahaja.
Namun, katanya dengan perkembangan terbaru di mana Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sikap mutakhirnya menawarkan diri untuk jawatan lebih tinggi, beliau terpaksa menimbangkan semula pendirian berpandukan pandangan kawasan-kawasan.

Sehingga kini, sudah empat termasuk Husam mengesahkan bertanding naib presiden. Yang lain adalah Ustaz Idris Ahmad yang paling awal membuat pengesahan, kemudian Salahudin Ayub, lepas itu Datuk Mahfuz Omar.Datuk Seri Nizar Jamaludin juga difahamkan akan bertanding jawatan ini namun hingga kini Harakahdaily belum mendapat pengsahan dari beliau.

Dengan kelima-lima calon ini, sudah pasti pemilihan naib presiden PAS kali ini amat meriah. Yang belum membuat pengesahan ada;ah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Dr Mohd Hatta Md Ramli.
Dr Mujahid Yusof dan Mazlan Aliman mengumumkan akan bertanding AJK sahaja.
Tarikh tutup pengesahan untuk jawatan ini adalah 26 Mei ini manakala calon yang akan bertanding akan diumumkan 27 Mei.HarakahDaily

Komen :Agen DSAI secara peribadi menyokong Mat Sabu (TP) dan Husam Musa (NP)...
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...