Nota Admin
Utusan sekali lagi bertindak melampui batas,mereka kini telah menghempas tanggungjawab selaku pengamal media demi tunduknya mereka kepada adikuasa. Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan apabila saban hari disogok dengan berita fitnah dan hasutan.
Isu agama rasmi bagi Negara ini menjadi sasaran terbaru aparat pemerintah,manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang didepannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat. Sudah dinyatakan sebelum ini,bahkan ianya merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.
Jelaslah bahawa Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ianya hanya layak menyandang gelaran ‘Tabloid UMNO’ sesuai dengan kenyataan bahawa Parti tersebut merupakan pemegang saham sekaligus merupakan majikan mereka. Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanahair dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini.
Berikut merupakan pernyataan bersama yang dibuat pada 8 September 2008 oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan turut dimuatkan didalam Buku Jingga:-
KENYATAAN AKHBAR
8 September 2008
PAKATAN RAKYAT MENJUNJUNG PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.
Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.
Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.
Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang
Melayu.
Sekian, terima kasih.
Y.B. DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Y.B. LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen
Democratic Action Party (DAP)
Y.B. DATO’ SERI HJ. ABDUL HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Berikut link format PDF:
Joint Statement BM 8-9-08-1
Sumber : SINI
Sabtu, Mei 07, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
PECACAI NAJIS SAKA TUA KOMEN KETUA POLIS. PADA AKU KETUA POLIS SOH BUAT PERMOHONAN MAAF KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TU BAGUIH LA. - KENAPA SUSPEK MASIH DALAM REMAN DIURUSKAN POLIS BUAT PERMOHONAN MAAF? - SOAL AHLI DEWAN NEGARA KEPADA IGP Saya terpanggil untuk mengulas laporan media...47 minit yang lalu
-
KENAPA SUSPEK MASIH DALAM REMAN DIURUSKAN POLIS BUAT PERMOHONAN MAAF? – SOAL AHLI DEWAN NEGARA KEPADA IGP - Saya terpanggil untuk mengulas laporan media mengenai majikan yang memukul dua pengawal keselamatannya kerana berpuasa, yang tiba-tiba diberi layanan cuk...Sejam yang lalu
-
Semakin Melampau, Tular Satu Lagi Iklan Raya Promosi Aktiviti 'Perjudian Online' Di Internet ! - BANGI - Tatkala rakyat masih marah dengan iklan Aidilfitri versi mempromosi judi oleh Gbet333 baru-baru ini, tular pula video sama dipercayai membabitkan...19 jam yang lalu
-
Belum terima suntikan tetapi warga emas 80 tahun disenarai telah divaksin - Ainaa AimanPETALING JAYA: Seorang bekas jururawat kerajaan berusia 80 tahun, disenaraikan sebagai individu telah divaksin, walaupun dia sebenarnya sedang m...Sehari yang lalu
-
Padah Rentas Negeri Demi Majlis Kahwin, 26 Positif Covid-19 - KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki berusia 32 tahun merentas negeri dari Sabah ke Dungun, Terengganu semata-mata untuk menghadiri majlis perkah...Sehari yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka - *Bab Keempat (i)* *TERIMA KASIH TONSIL* TIDAK pasti apakah semasa kecil aku menghidap radang tonsil atau tidak? Mungkin berlaku, sebab ghalibnya tonsil ...3 hari yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...4 minggu yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISebulan yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...5 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com10 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

0 comments:
Catat Komen
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...