Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Mei 17, 2011

DSAI dakwa sudah jangka keputusan


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengikut telunjuk pendakwa raya apabila memutuskan beliau perlu membela diri 6 hingga 30 Jun depan.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, meskipun beliau sudah menjangkakan keputusan tetapi terkejut dengan alasan Mohamad Zabidin yang menerima hujah pihak pendakwa bulat-bulat meskipun telah dibantah oleh pembela terhadap kredibiliti saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Kita kesal kerana keputusan hakim itu seolah-olahnya begitu terikat sepenuhnya dengan hujah pendakwaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan itu dibacakan, semalam.

Menurut Anwar, keputusan ini juga menunjukkan hakim bukan sahaja kelihatan seperti mengikut skrip yang sudah disediakan pendakwa raya tetapi beranggapan seolah-olah pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sudah terbukti benar.

“Beliau bukan sahaja menentukan sama ada terdapat prima facie tetapi mengambil kesemua ‘rencah’ pertuduhan sebagai satu fakta dalam kes ini,” katanya kepada media.

Sementara itu, Peguam Anwar, Sankara Nair berkata Anwar akan mengambil tempat sebagai saksi pertama pihak peguam bela apabila mahkamah bersidang 6 Jun ini.

“Anwar akan jadi saksi pertama. Beliau perlu jadi saksi utama,” katanya.

Beliau seterusnya menegaskan keputusan mahkamah tidak bermakna peluang Anwar untuk membuktikan kebenaran sudah tertutup.

“Ada lagi peluang. Ini bukan keputusan akhir, kita sekarang berada di peringkat pertengahan,” katanya.SinarHarian
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...