Rabu, Mei 25, 2011

DSAI Saman Hishammuddin..!!

Saman fitnah Hisham: Anwar kemuka saman balas
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman balas berhubung saman yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung video seks yang mengaitkannya.

Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang mengemukakan pembelaan dan hujah balas dengan transkrip penuh sidang akhbarnya.
azlanSebelum ini, Hishammuddin berkata tindakan Anwar yang juga ketua umum PKR mengaitkannya dengan video seks tersebut semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

Permohonan Anwar difailkan oleh pejabat peguam Tetuan Faiz dan Co.

Perkara itu timbul bagi sebutan kes hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Wazeer Alam Mydin Meera.

Wazeer kemudiannya menetapkan 3 Jun untuk pengurusan kes dan mengarahkan Hishammuddin bagi menjawap hujah pembelaan Anwar sebelum 1 Jun.

Hishammuddin diwakili oleh peguam Cecil Abraham manakala Leela Jesunathan pual mewakli Anwar.MalaysiaKini

1 ulasan:

  1. DSAI..walaupun saman ini x meninggalkan 'bekas' pd mereka....namun jgn berputus asa...lawan tetap lawan

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng