Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mei 21, 2011

PRU-13: Pakatan Rakyat bincang agihan kerusi

 
Pakatan Rakyat telah mengarahkan setiap negeri supaya membincangkan mengenai pembahagian kerusi di kalangan parti-parti komponennya menjelang pilihan raya umum ke-13, kata pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abd Rahman.

pengerusi jawatankuasa pemilihan parti Datuk Abdul Halim Abd RahmanMenurut beliau, sekiranya rundingan itu tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka kebuntuan berkenaan akan dibawa ke peringkat pimpinan atasan Pakatan untuk diselesaikan.

"PAS pada dasarnya kekal dengan status-quo, tapi mungkin ada perubahan," katanya sambil menambah perundingan dan agihan kerusi terletak di bidang kuasa setiausaha agung.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita pada sidang mengenai pembahagian kerusi bagi Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pada pilihan raya umum lalu, PAS-DAP-PKR yang bergabung dalam Pakatan Rakyat mencapai persefahaman bahawa mereka tidak akan bertanding di kerusi yang diwakili oleh rakan mereka yang lain.

Ini membolehkan mereka bertanding satu lawan satu menumbangkan BN.

Malah, persetujuan dan kerjasama itu dilanjutkan pada pilihan raya kecil apabila amalan tersebut terus dipraktikkan sehingga hari ini.

NONEHasil persefahaman itu, Pakatan Rakyat berjaya menguasai lima negeri - Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan. Bagaimanapun Perak kemudiannya dirampas semula apabila beberapa ADUN Pakatan berpaling tadah.

Mengulas mengenai perkara pokok yang akan dibahaskan oleh perwakilan dalam muktamar Agung PAS Jun ini, Abdul Halim yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan berkata beliau menjangkakan ucapan presiden parti tertumpu kepada persiapan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Maknanya ia menyentuh persiapan seluruh ahli ke arah itu," katanya.MalaysiaKini

Komen Seorang Hamba Allah : 
BINCANG ELOK ELOK, SUSUN KEMAS-KEMAS DAN RANCANG DGN RAPI, INSHALLAH RAKYAT AKAN BERSAMA PR UTK NYAHKAN BN.
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...