Iklan Penaja 1

Picture

Jumaat, Julai 10, 2015

HOT!! : PENDEDAHAN TERKINI RAFIZI RAMLI..


Mohd Rafizi Ramli


KUALA LUMPUR – PKR tidak menolak kemungkinan dana Petronas akan digunakan sekali lagi bagi menyelamatkan syarikat atau agensi kerajaan yang bermasalah termasuk syarikat pelaburan 1Malaysia Develepoment Berhad (1MDB).

Naib Presidennya, Rafizi Ramli mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan “talian hayat” itu sebagai pilihan utama untuk menyelesaikan masalah syarikat yang sarat dengan hutang itu dengan alasan sebagai salah satu pelaburan.

“Apatah lagi kerana Tun Razak Exchange begitu rapat dengan KLCC, mungkin boleh digunakan alasan, ia sebahagian daripada pelaburan Petronas dalam hartanah di sekitar KLCC.

“Semasa zaman Tun Dr Mahathir pun wang Petronas digunakan untuk menyelamatkan Bank Bumiputera, Proton, MISC dan termasuk juga syarikat perkapalan milik anak bekas Perdana Menteri itu sendiri,” katanya kepada Sinar Online, semalam.


Beliau berkata demikian mengulas tulisan komentar di laman Wall Street Journal (WSJ) yang memberi amaran bahawa dana Petronas mungkin akan digunakan untuk menyelamatkan 1MDB sekiranya pelaburan syarikat itu menemui kegagalan.

Amaran itu dibuat WSJ berdasarkan penelitian ke atas perkembangan isu tersebut, apabila 1MDB kini terpaksa menjual asetnya bagi menampung beban hutang.

Ditanya tentang sebarang cara untuk menghalang dana Petronas daripada disalahgunakan bagi tujuan tersebut, Rafizi berkata lagi ianya agak mustahil melainkan Perdana Menteri dilucutkan jawatan atau 1MDB itu ditutup.

“Ianya juga boleh berlaku sekiranya BN kalah pada PRU14. Selagi BN berkuasa dan juga Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, risiko dana Petronas itu digunakan memang tinggi,” katanya lagi.

sh

4 ulasan:

  1. Jangan percaya. Ini kisah selingan sahaja.

    Ada satu kisah dongeng kerajaan zaman batu, belum ada sekolah masa tu. Memanda menteri dituduh buat salah. Rakyat pun mendesak. Memanda menteri pun suruh siasat dirinya dan lapor padanya.

    Memanda menteri masih berkuasa dan tidak direhatkan untuk beri peluang penyiasat supaya bebas menyiasat.

    Lupa pula bertanya. Rajanya tak ade ke? Raja ada, tapi dia duduk jauh dengan rakyat. Dia tak tahu apa2 pun melainkan menambahkan kereta kudanya saja.

    Lepas tu apa macam?. Lepas tu macam2lah jadinya. Memanda menteri diputuskan tak bersalah oleh dia sendiri. Rakyat yang melaporkan pula yang bersalah.

    Habis kerajaan kuno tu pakai undang2 apa? Tak tahu pula undang2 apa dipakai. Kita dah tengok dalam undang kerajaan islam atau kapir, tak ada pula undang2 macam tu.

    Dahsyat ye. Rupa2 ada kerajaan macam tu ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. what the hell is this guy blabbering about???-->referring to the comment above not Rafizi (just in case some retarded fanatics get offended)

      Padam
  2. Tak perlu wujud PDRM dan SPRM kalau asyik nak tangkap pelapor walaupun pelakunya memang bersalah ! Biar negara kita pakai undang-undang koboi, undang-undang jahiliah sebab ada agensi pun nampak semacam ajer..Rakyat semua, lebih baik kita mohon kat YD Agung TUTUP Bukit Aman dan SPRM. Tahniah PAC yg nampak ada sedikit kuku !

    BalasPadam
  3. najib memang babi yg bertopingkan manusia

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive