Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Julai 12, 2015

HOT!! : KERAJAAN BN DI FITNAH KIKIKIKIKI...


 


Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menafikan dakwaan bahawa kerajaan akan menyekat beberapa laman sosial di negara
ini.
  
Dakwaan itu dibuat menerusi penyebaran kenyataan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan rasa ketidakpuasan hati kepada seluruh kalangan rakyat negara ini.
  
Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan individu yang menyebarkan dakwaan tersebut tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap negara.
  
"Itu tidak benar sama sekali. Saya percaya ada pihak yang cuba kaut keuntungan dengan sebarkan berita-berita sensasi sebegini yang kononnya kerajaan akan menutup laman-laman media sosial di negara ini.
  
"Dulunya kita pernah mengkaji apabila orang mencadangkan, tetapi saya katakan ia tidak wajar kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dengan (orang ramai) boleh menyatakan kewajaran dan pandangan.
  

"Akan tetapi dalam masa yang sama, ia mestilah tidak mencetuskan huru-hara dan jangan timbulkan kebimbangan dan keresahan orang ramai.

"Jangan bimbang bahawa Facebook, Twitter dan laman-laman sosial lain takkan ditutup. Jangan percaya dengan sebaran itu sama sekali," katanya kepada pemberita selepas program penyerahan bubur lambuk bersempena Program Eksplorasi Sehati Sejiwa 2015 di Hadapan Pasaraya Centre Point Kemaman semalam.
  
Sebelum ini, heboh diperkatakan di dalam media sosial bahawa kerajaan akan menyekat semua jenis laman sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Instagram dan lain-lain berkuatkuasa 1 Ogos.
  
Beliau berkata: "Tindakan akan kita buat (kepada penyebar) sekiranya melanggar undang-undang.
  
"Jangan perlekehkan peraturan kerana undang-undang adalah menjaga keamanan. Misalnya lagu Negaraku yang diubahsuai, orang ramai tidak patut sokong dan 'share' kan perkara itu," katanya.
  
Dalam majlis tersebut, sebanyak 2,000 bungkus bubur lambuk diagihkan oleh Pejabat Parlimen Kemaman dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kepada penduduk sekitar kawasan itu.

mk

1 ulasan:

  1. PENYEBAR MAKLUMAT akan diambil tindakan walaupun maklumatnya sahih 100% benar dan ada bukti. PELAKU JENAYAH akan dibebaskan setelah "siasatan" dibuat. WOOO KAMU SEMUA, UNDANG2 APA YG KAMU PAKAI NI. INI BUKAN UNDANG2 DEMOKRASI ATAU UNDANG2 JAHILIYAH @ UNDANG2 FIRAUN..INI UNDANG2 ZAMAN DINASOUR....masa tu tok nenek kamu PAKAI CAWAT DAUN, tau tak? BUKAN kamu nak bawa Malaysia sebagai negara maju TAPI kamu jadikan Malaysia TEMPAT MEMBIAKNYA DINOSOUR...ini MALAYSIA yang KUCINGtai

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...