Iklan Penaja 1

Picture

Rabu, Julai 29, 2015

HOT!! : SELEPAS PECAT MUHYDDIN.. IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN TERBAKAR..

 

Kebakaran berlaku di tingkat 10 Menara 2 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini.

Ini telah disahkan oleh jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

"Kebakaran berlaku di tingkat 10 menara lama. Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.20 petang," kata jurucakap itu kepada Malaysiakini.

Difahamkan, kebakaran itu menjejaskan Jabatan Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah.

Gambar mengenai kebakaran itu tersebar meluas media sosial.

Seramai 24 anggota bomba dihantar ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 7.47 malam.

Mereka adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Hang Tuah dan Titiwangsa.

Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 8 malam.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum diketahui.


mk

1 ulasan:

  1. Punca kebakaran ialah api. Nanti dituduhnya pula Muhyiddin yg punya angkara, faham2 sajalah perangai pemimpin UMNO tu.
    Kerugian tidaklah sampai RM42billion, setakat itu sahaja dapat dilaporkan.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive