Khamis, Julai 09, 2015

TOLAK POLITIK KEBENCIAN...KATA MP TERENGGANU


 Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah
KUALA TERENGGANU – Masyarakat di negara ini diminta untuk tidak terpengaruh dengan sentimen politik kebencian bagi menjamin kestabilan dan keharmonian rakyat di negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, kewujudan pihak tertentu yang suka bawa unsur sedemikian menggalakkan perkembangan negatif dalam negara.

Menurutnya, ia boleh memberi kesan besar jika tidak dibendung dan boleh menimbulkan provokasi, kebencian dan kemarahan terhadap bangsa serta penganut agama lain.

“Memang mudah tarik perhatian dengan politik kebencian dan menakut-nakutkan rakyat cara murahan serta tidak bertanggungjawab yang boleh musnahkan ketenteraman awam.

“Tetapi untuk baiki semula kemusnahan, kepercayaan dunia kepada negara serta kerosakan kebendaan akan memakan masa dan usaha yang amat lama,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau turut mengharapkan politik matang dan penuh bijaksana diamalkan dalam negara daripada semua pihak sebagaimana contoh ditunjukkan Nabi Muhammad SAW.

Apa yang jelas katanya, pemimpin agung Islam itu menolak sikap asabiyyah perkauman dan fahaman agama yang ekstrem.

“Lagipun Perdana Menteri sendiri pernah utamakan konsep wasatiyah yang dukung kesederhanaan. Semoga ALLAH SWT beri hidayah dan bimbingan kepada kita semua hadapi saat mencabar negara hari ini,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut berharap semua pihak berusaha mencari penyelesaian terhadap masalah semasa yang melanda negara ketika ini dengan menangani isu yang berlaku secara bijaksana dan intelek.

Sempena Ramadan ini, Raja Bahrin turut berharap semua pihak mengambil sikap berhati-hati dalam perkataan dan perbuatan supaya masing-masing tidak terlepas mendapat kemuliaan di bulan ini.

“Kalau tidak, kita akan dapat lebih lapar dan dahaga daripada dapat pahala dan keredaan ALLAH SWT yang dihajatkan,” katanya.

sh

2 ulasan:

  1. Umat Islam di China hampir 35 juta orang woi. Di India pun ramai. Islam untuk semua BUKAN untuk Melayu sahaja. Kalau kita tak tunjuk akhlak Islam bagaimana mereka tertarik dengan Islam?

    BalasPadam
  2. Menghormati Ramadan, lepas raya G18 dan Pasma akan lancer lah parti baru dan join Pakatan Rakyat. Habis la lebai lebai Pas terjerumus era 80-an . Ni pun MS macam bertangguh bincang usul Dewan Ulama . MACAM NAK YOU TURN JE....ada ke lagi maruah dan telur dlm parti pas ni HAAA
    Saya tiada politik kebencian TAPI SAYA BENCI MULUT LONGKANG YANG MENJEBON, MEMBARUA DAN MENTOLOLKAN ORANG LAIN LEBIH LEBIH LAGI BERSELINDUNG DENGAN JUBBAH DAN SARBANN. LAGI BENCI KAEDAH CAI YG JILAKE DIGUNA DLM PEMILIHAN ;- MANA TELUR DAN MARUAH.

    uTUH

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng