Iklan Penaja 1

Picture

Ahad, Julai 19, 2015

HOT!! : PESURUHJAYA PAS SELANGOR DAH RASA GOYANG..kikikiki

 

Landskap politik baru dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) di dalamnya hanya akan menguntungkan BN, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Ini, katanya, kerana tumpuan GHB sekarang adalah untuk mengukuhkan kedudukannya di kalangan ahli PAS dan bukannya mensasarkan Umno dan BN.

"Kumpulan pembangkang akan meraih keuntungan jika perkembangan ini dapat menarik pengundi yang selama ini memihak kepada BN. Tetapi adakah ini akan berlaku?.


"Saya kurang yakin kerana contohnya gerakan pemimpin PAS yang kalah kelihatan memberi tumpuan kepada ahli-ahli PAS sahaja," katanya dalam satu kenyataan semalam.

GHB adalah sebuah gerakan yang ditubuhkan oleh pemimpin progresif PAS yang disingkirkan oleh golongan konservatif daripada kepimpinan parti itu dalam muktamar parti itu Jun lalu.

Gerakan itu adalah pelopor kepada penubuhan sebuah parti politik baru yang berhasrat menjadi lebih inklusif ketika PAS dilihat terseret ke kanan.

"Saya hanya dapat melihat mereka berupaya menarik atau "mencuri" ahli, penyokong dan pengundi PAS sahaja," kata Iskandar dalam satu kenyataan semalam.

"Ahli, penyokong dan pengundi Umno//BN akan terus kekal dengan Umno/BN," kata Iskandar yang juga  naib presiden PAS.

Begitu juga, dengan pecahnya Pakatan, Iskandar berkata, jika DAP bertanding di kerusi PAS, ia hanya akan memecahkan undi pembangkang dan memihak kepada BN.

"Sama ada Harapan Baru atau DAP, mereka mesti diingatkan bahawa strategi berasaskan dendam akan dapat dirasai oleh rakyat.

"Sokongan atau undi kepada pembangkang tidak akan meningkat. Perpindahan undi hanya akan berlaku di antara parti-parti pembangkang.

"Malah terdapat kemungkinan besar terdapat mereka yang akan berpindah kepada BN kerana tidak lagi melihat pembangkang sebagai satu alternatif yang berwibawa akibat dari pertelingkahan yang berlaku," katanya.

mk

4 ulasan:

  1. Sepatut mereka gembira kerana teman gelapnya nak dapat untung besar.... boleh umno meminang dengan PAS segera.... atau umno nak belah selepas PAS sudah serahkan segalanya?

    BalasPadam
  2. PAS yang TAHLILKAN PR dengan memutuskan hubungan dengan DAP. Kononnya, PAS kena buli bla bla bla..Itupun setelah mendapat nasihat NASA. Takde sesiapa pun yang bising. Bila PAS tahu, GHB bukan gerombolan kecil bahkan boleh meranapkan PAS, PAS mula meroyan. Kan PAS dan ceraikan DAP dan nak kawin dgn UMNO. kawin ajer la...jangan tunggu-tunggu, biar rakyat yg akan menghukum. Tak payah tunggu lepas PRU depan.

    BalasPadam
  3. Padan lah daun ketum makin pupus.Skrg dah nampak siapa yg ambil.

    Ramai yg mabuk ketum

    BalasPadam
  4. apa nak cakap2 mcm munafik,sedangkan dr mahfoz ketua dewan ulamak kata jebon2 klu dah berambos dari pas akan memudahkan hj hadi mentadbir pas,jgn le sorang ckp lain,lagi sorang cakap lain....betul le apa yg aku fikir selamaini,....golongan2 ulamak2 munafikun telah menguasai sepenuhnya pas

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive