Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Julai 25, 2015

TERKINI!!! : FATWA ULAMA NO1 PAS..UTK PEMIMPIN HARAPAN BARU..

Haron Din

SHAH ALAM - Wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) haram menikmati gaji dan elaun masing-masing selepas mereka tekad dengan keputusan itu.

Ini kerana menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, kerusi yang dimenangi oleh kesemua wakil rakyat itu adalah berdasarkan tiket parti Islam itu.

"Saya menasihatkan pihak yang berbai'ah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak bai'ah itu kerana mereka berbai'ah dengan ALLAH.

"Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan ALLAH. Lebih-lebih lagi dalam bai'ah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran bai'ah," katanya seperti dipetik menerusi laporan akhbar tempatan, hari ini.

Semalam, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yaakob mengesahkan kewujudan akuan bersumpah bai'ah talak 3 yang perlu dilafazkan setiap wakil rakyat Kelantan sekiranya menyertai parti lain.

Jelasnya, akuan tersebut diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Kelantan jika mahu meninggalkan parti Islam tersebut.

"Ba'iah itu memang betul. Seperti dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad. Perkara ini bukan main-main," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Daud sebelum ini berkata, mana-mana individu yang melafazkan dan melanggar sumpah dengan menyertai parti lain, maka perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah.

sh

3 ulasan:

  1. SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
    2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
    4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
    6. ahli mengeboo pemimpin2 pro & nak berpolitik tapi siap ada Baiah-apa jenis parti isle gini ?
    7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
    8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
    dan dan ahli pas jawab la semua tuduhan diatas tu. Betul ke salah - Cara islam ke tidak
    ...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA (TENGANGA MULUT AKU)

    BalasPadam
  2. betui kah ulama ini pernah dpt projek plus rm130 juta dan dpt rumah teres free di kg kerinchi dr amona group?

    nak tau juga apa hukum:

    1. gaji elaun hadi yg selalu ponteng parlimen tanpa uzur syarie tu? haram ke? halal ke? halam ke?

    2. gaji elaun dua ekor mp yg jadi tunggul kat parlimen tu?

    3. gaji elaun ahli pas yg kerja dgn kerajaan negeri pulau pinang dan Selangor?

    4. gaji elaun pemimpin pas yang menang secara haram dengan kaedah CAI?

    wallahu 'alam...

    BalasPadam
  3. All in ONE , referee fitnah , fatwa , Ber UG dan last sekali ber JIN , ha ha ha . semua syiok sendiri ...... . walau apa pun jawapan akan di ketahui selepas PRU 14

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...