Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 27, 2015

HOT!! : NAJIB TERUS DITEKAN..

 

Ketika banyak pihak menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas penggantungan penerbitan The Edge, anggota parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar ada teori berbeza.

Beliau percaya tindakan itu sebahagian konspirasi dalaman Umno untuk menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap Najib demi menekannya supaya berundur.

“Sama ada apakah Najib akan tunduk pada tekanan ini atau tidak, ia bergantung kepada sejauh mana pula pasukan khas siasatan kes 1MDB mampu membebaskan diri mereka daripada sebarang pengaruh Najib,” katanya.

The Edge Media Group pada 24 Julai mengumumkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan dua akhbar terbitannya, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.

Penggantungan itu berkuat kuasa selama tiga bulan bermula 27 Julai dan disampaikan melalui sepucuk surat kementerian itu.

The Edge merancang mendapatkan perintah mahkamah bagi membatalkan penggantungan itu dan menganggapnya sebagai usaha menutup mulut mereka susulan laporan berkaitan 1MDB.

KDN antaranya mendakwa tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitannya menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap 1MDB yang berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.

Penggantungan itu ditentang meluas wartawan dan aktivis media bebas di negara ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz mendakwa konspirasi itu dibuat kerana kepimpinan Umno sendiri tidak mampu lagi mempertahankan dan melindungi Najib.

“KDN digunakan untuk tujuan tersebut kerana di kalangan pimpinan umno dan BN sudah tidak mampu mempertahan dan melindungi Najib apabila majoriti rakyat Malaysia mempercayai Najib sesungguhnya terlibat,” dakwanya.


mk

2 ulasan:

  1. SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
    2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
    4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
    6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
    8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    BalasPadam
  2. kalau dah tak mampu nak buat kerja dgn betul dan amanah.. letak ajelah jawatan. tak perlu nak timbul cerita konspirasi ini dan ini... takkan nak tunggu hingga bangsa sendieri dan negara jahanam sebab ego punya pasal... berambus ajelah...jangan menyusahkan org...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...