Khamis, Julai 23, 2015

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA...

 Mohamad Sabu

SHAH ALAM - Harapan Baru menyambut baik kenyataan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi reaksi positif terhadap penubuhan PR 2.0.

Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, kenyataan kedua-dua pemimpin itu selari dengan hasrat parti itu untuk menghidupkan semula kerjasama politik antara parti politik pembangkang, NGO dan rakyat selepas terkuburnya PR.

"Harapan Baru mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang berhubung penubuhan permuafakatan politik baru seperti yang dilaporkan hari ini.

"Kenyataan kedua-dua pemimpin itu selari dengan hasrat Harapan Baru yang mahu menghidupkan semula gerakan kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat dengan lebih utuh selepas PR terkubur," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mengakui DAP sudah memulakan rundingan untuk membentuk gabungan baharu bagi menggantikan PR.
Namun kata lagi, pembentukan PR 2.0 mengecualikan Pas susulan tindakan parti itu melanggar Dasar Bersama PR yang dipersetujui sebelum ini.

Mengulas lanjut, Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu juga berkata, pembentukan gabungan baharu itu sangat kritikal pada masa ini kerana kegagalan pentadbiran Umno dan BN.

"Harapan Baru juga mahu meyeru kepada seluruh rakyat negara ini, tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama, untuk bergerak bersama kami dan muafakat baru ini bagi menyelamatkan negara ini," katanya lagi.

sh

3 ulasan:

  1. SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
    2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
    4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
    6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
    8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    BalasPadam
    Balasan
    1. SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
      1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda? (Tak ada bukti pun..)
      2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb? (Kenapa sultan tak pilih dia..)
      3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb? (PAS berhak ke sultan yg berhak..)
      4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha.. (DAP guna duit poket sendiri ke bayar gaji.. ingatkan guna duit rakyat.. GHB pulak bila nak letak jawatan..)
      5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro? (Doa umum macam doa ke umno jgk la..)
      6. ahli mengeboo pemimpin2 pro? (Benar kerana masih tak mahu keluar PAS wpun dah isytihar parti baru..)
      7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro? (Tak de bukti tuh..)
      8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji? (Sdg diusahakan..)
      9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang.. (Salah ke gelaran2 tu kerana apa yg dah berlaku skrg mmg hasil kerja diaorg..)
      10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor? (Tak.. nape..)
      11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat? (Nape di sgor pun DAP byr gaji jgk ke..)
      12. dia selalu ponteng sidang parlimen? (LGE x pernah ponteng ke..)
      13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng? (Itu baru permulaan dan akan dibuat peringkat demi peringkat.. x perlu gopoh..)
      14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai.. (Ikut kata asmawi muni tidak langgar peraturan kempen.. so x de isu..)

      Padam
  2. Kalau setakat andaian semua org boleh buat..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng