Iklan Penaja 1

Picture

Selasa, Julai 21, 2015

Harapan Baru yakin ROS luluskan daftar parti

Asmuni Awi

IPOH - Gerakan Harapan Baru yakin Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan meluluskan permohonan pertubuhan tersebut untuk menjadi sebuah parti politik yang sah di Malaysia.
Penyelaras Harapan Baru Perak, Asmuni Awi berkata, keyakinan itu disuarakan kerana pertubuhan berkenaan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan sejak ditubuhkan pada 13 Julai lalu.
"Rakyat bebas bersuara, menubuhkan parti politik dan berpersatuan selagi tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh mengganggu gugat kedaulatan negara.
"Di atas pendirian itu dan ditambah dengan suasana politik yang telah berubah kini, saya yakin Harapan Baru akan diluluskan oleh ROS," katanya.
Menurutnya, penubuhan Harapan Baru sebagai sebuah parti politik juga bergantung kepada sokongan semua individu termasuk badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti dan persatuan yang terdapat di Malaysia.
"Itu tujuan kita adakan siri jelajah ke seluruh negara, ianya memberi peluang untuk melihat sokongan bukan sahaja daripada rakyat malah NGO, komuniti dan persatuan," katanya.
Beliau berkata, kewujudan Harapan Baru juga sebagai alternatif baru kepada rakyat untuk bersama-sama dalam menumbangkan BN pada PRU 14 nanti.
"Paling penting promosinya dan perkara yang nak dibawa itu mesti berkualiti dan melingkari kehidupan rakyat," katanya.
Katanya, pada ketika ini sokongan rakyat terhadap Harapan Baru amat baik dan meliputi kaum Melayu, India dan Cina.
"Ini merujuk kepada dua siri jelajah yang diadakan sebelum ini iaitu di Kangar seramai 2000 peserta manakala di Kota Bharu seramai 5000 hadir," katanya.
Dalam pada itu, Asmuni berkata, beliau bersedia menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh Pas berkenaan statusnya selaku ahli dan pemimpin Harapan Baru.
"Terpulang kepada mereka (Pas) dan saya bersedia terima apa jua hukuman atau tindakan disiplin yang dikenakan," katanya.

sh

3 ulasan:

  1. Kerana kalah dlm muktamar mereka lari dr medan perang dan serah diri kpd musuh islam (dap)..akai ada ka?? aku xkan undi puak2 ni lg.sori.

    BalasPadam
  2. Harapan baru akan kawal besar kepala Pas dalam Pakatan > Jika Pas kekal dlm Pakatan 1/3 hak Pas dlm pakatan wajar diambil oleh GHB. Ingat GHB akan kuat dengan tongkat dari PKR dan DAP. PAS yg akan lemah dan pilihan kekal dgn PR, Sendiri atau Join Umno. Tiada pilihan melainkan kekal dlm PR kerana sekurang-kurangnya masih ada 2/3 kekuatan. Jika sendiri pasti BUNGKUS jika join Umno pasti pepecahan gelombang kedua pasti berlaku.
    Mereka pun tahu selepas muktamar PAS semakin lemah bukan semakin kuat cumanya secara perlahan lahan.
    KES DI SELANGOR > Jika 2 Adun yg DIBARUA meneyrtai GHB maka 1 post exco Selangor perlu diberi pada GHB, eloknya post Iskandar di beri pada Saari Sungib, DAP mesti desak begitu. Semua jawatan lantikan di Penag dan Selangor kena beri 1/3 hak PAS kepada ahli GHB. Jika ini berlaku apa berani PAS keluar PR, Boleh keluar tapi kena serah semua jawatan lantikan di Penang dan Selangor. Apa ingat mudah mesti tidak sebab Lebai Lebai tu pun suka duit juga suka elaun juga kan. Gerak sendiri pun boleh " kan ke Pas dah KUAT ? ki ki ki ki @ ha ha ha ha

    Kepimpinan Cai cinta Duviddddd

    BalasPadam
  3. Mengaku pun GHB perlukan tongkat DAP.. dah sah GHB proksi DAP dlm PAS tapi perasan yg mereka masih diperlukan oleh ahli2 PAS sbb tu masih tak keluar dari PAS.. Cuba isytihar keluar PAS, aku rasa DAP pun x berani nk ajak masuk DAP lantaran perangai kurang ajar dgn pemimpin sendiri.. ngeri DAP dibuatnya . .

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive