Sabtu, Julai 18, 2015

ANWAR IBRAHIM DAN HARI RAYA

 

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengeluh kerana beliau dan keluarganya tidak dibenarkan untuk melawat suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidilifitri.

Beliau berkata keluarganya pernah dapat berbuat demikian pada hari pertama atau kedua hari raya semasa Anwar di penjara sebelum ini, tetapi kali ini mereka diberitahu bahawa garispanduan penjara telah "banyak berubah".

"Kami telah meminta untuk melawat Anwar pada hari raya esok, tetapi tidak dibenarkan dan saya diberitahu bahawa 'pada hari pertama dan kedua hari raya, kami (pegawai penjara) akan bercuti'," kata W

an Azizah malam tadi

"(Pihak berkuasa berkata) 'pada hari ketiga dan keempat, akan ada ramai (pelawat). Terdapat 5,000 penghuni di sini, ramai anggota keluarga akan datang, 'jadi kami boleh datang pada hari yang kelima atau keenam.

"Kami sedih dengan ini [...] tetapi tak apalah. Apa yang penting ialah semangat Ramadan al-mubarak, dan kini tiba Aidilfitri -. hari kemenangan," katanya semalam, sambil menambah bahawa ramai penghuni lain juga akan menghadapi masalah tersebut.

Beliau berkata demikian kepada kira-kira 150 penyokong yang berkumpul di luar penjara Sungai Buloh malam tadi untuk menunjukkan sokongan kepada bekas ketua pembangkang itu sempena sambutan hari raya.

Wan Azizah berkata peguam Anwar masih berusaha untuk meminta pihak penjara membenarkan lawatan yang lebih awal.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, anak perempuan sulung Anwar, Nurul Izzah berkata adiknya Muhammad Ihsan akan menaiki penerbangan pulang ke Amerika Syarikat di mana dia bekerj
a pada hari keempat hari raya, iaitu Isnin depan.
 Oleh itu, jika mereka hanya dibenarkan melawat Anwar pada hari kelima atau keenam, Muhammad Ihsan tidak akan berpeluang berjumpa bapanya.

Sementara itu, peguam Anwar, Sivarasa Rasiah memberitahu penyokong yang hadir bahawa kesihatan bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu masih membimbangkan.

"Kesihatan Anwar masih membimbangkan. Kita (peguam) melawatnya beberapa hari lalu selep
as dia dikeluar dari hospital pada hari Ahad. Beliau jelas masih memerlukan rawatan," katanya.

mk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng