Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Julai 08, 2015

HOT!! : IDEA BAGUS DARI MP UMNO kikikiki...

Noh Omar
SHAH ALAM – Kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan untuk mengembalikan subsidi RON95 dan diesel yang dihapuskan 1 Disember lalu dengan memperkenalkan kad minyak sama seperti yang digunakan oleh pegawai kerajaan.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, kaedah itu akan menjadikan agihan subsidi minyak lebih adil yang diberikan hanya kepada rakyat negara ini.
“Saya berpandangan kita boleh terus beri subsidi minyak tetapi mestilah subsidi bersasar. Tidak boleh subsidi seperti sebelum ini. Contohnya, seorang rakyat berhak mendapat subsidi minyak 500 liter sebulan.

“Semua rakyat akan dapat jumlah minyak bersubsidi yang sama. Apabila lebih daripada 500 liter itu, pengguna nak beli yang ke 501 liter, kena beli mengikut harga pasaran. Bukan harga subsidi,” katanya kepada Sinar Online.

Harga runcit RON95 dan diesel ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal yang menyebabkan harga minyak berubah setiap awal bulan.

Mengulas lanjut, Noh Omar yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, setiap rakyat negara ini yang memiliki kenderaan hanya layak mendapatkan sekeping kad minyak meskipun pemilik itu mempunyai lebih daripada satu kenderaan.


“Seperti yang berlaku pada kenderaan kerajaan di mana kad minyak itu yang mempunyai had. Contohnya sebulan hadnya hanya 500 liter. Apabila melebihi had itu, kad itu tidak boleh pakai lagi. Jadi, saya terfikir. Jika kita boleh laksanakan sistem itu untuk kenderaan-kenderaan kerajaan, kenapa tidak sistem itu diaplikasikan kepada semua rakyat Malaysia.

“Ini juga untuk pastikan subsidi itu tidak jatuh ke tangan warga asing atau pelancong asing. Jadi, mana-mana pemilik kenderaan yang tidak mempunyai kad minyak itu, perlu membeli dengan harga pasaran,” katanya.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...