Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Julai 07, 2015

PAKATAN BARU LEBIH KUKUH - ANWAR

 

Pakatan Rakyat adalah penjelmaan idea muafakat yang dicetuskan rakyat menuntut perubahan.

Meskipun gagasan tersebut atau beberapa aspek darinya telah lama diperjuangkan oleh parti-parti, NGO dan aktivis-aktivis tetapi gema tuntutan melonjak dan diterjemahkan dengan mendukung PKR, DAP dan PAS dalam pilihan raya umum 2008; meskipun pengendalian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPR) yang seharusnya bersih terus dipertikaikan.

Pimpinan ketiga-tiga parti ketika itu menyahut hasrat rakyat yang berbicara lantang soal kebebasan dan keadilan; negara hukum; pembanterasan rasuah dan penyelewengan kuasa serta ekonomi yang saksama dan tidak dibolot segelintir yang maha kaya.

Maka pimpinan Pakatan menerima asas perlembagaan negara dan mencerakinkan agenda bersama tatakelola negara; agama; ekonomi; pendidikan; dan budaya.



Perkembangan mutakhir yang bermula dengan bibit keretakan, kini mengakibatkan wadah formal Pakatan tidak wujud lagi.

Namun, saya tegaskan bahawa semangat dan dasar bersama yang disepakati Pakatan tetap kekal malah semangatnya perlu ditingkatkan.

Dengan muafakat baru ini, kita perlu menjana perubahan dengan wadah yang lebih kukuh dan utuh - menggembleng tidak sekadar wadah parti malah wadah rakyat yang lebih inklusif, mencakup semua kalangan yang setia pada semangat perjuangan memartabatkan setiap insan di negara Malaysia tercinta.


DATUK SERI ANWAR IBRAHIM bekas ketua pembangkang. Beliau telah menyampaikan perutusan berikut melalui peguam beliau Sivarasa Rasiah.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...