Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Julai 21, 2015

Harapan Baru ikut nasihat TG Nik Aziz‎

Harapan Baru ikut nasihat Nik Aziz‎
KOTA BHARU - Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) menegaskan mereka tidak bergantung kepada mana-mana pihak untuk menggerakkan perjuangan parti baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Pengerusi Harapan Baru Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya tidak pernah menggunakan kedudukan dalam parti untuk memperjuangkan gerakan tersebut sebaliknya dilakukan dengan kudrat yang ada.
“Jangan ada tuduhan dari mana-mana pihak bahawa ahli Harapan Baru menggunakan kedudukan dalam Pas untuk bergerak, kita tidak pernah menyalahgunakan kuasa.
“Malah, kita bermula dengan kosong, tidak menggunakan sedikit pun kewangan atau harta benda yang ada dalam parti sebelum ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Gerakan Harapan Baru Kelantan di Dewan Perniagaan Cina di sini, kelmarin.
Wan Abdul Rahim berkata, beberapa panduan asas ditekankan dalam memperjuangkan Harapan Baru termasuk tidak akan membuat serangan kepada Pas selain sentiasa menjaga tatatertib serta tutur kata bagi mengelak sebarang insiden.
“Sebagai manusia yang bertamadun, kita tidak perlu melakukan serangan, sebaliknya gunakan pendekatan lebih terbuka dan sederhana dengan cara memberi penerangan sebagaimana nasihat yang sering diberikan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.
Mengulas lanjut, Wan Abdul Rahim berkata, ahli  Harapan Baru perlu sentiasa menjaga adab biarpun pemimpin parti lama melabel atau membuat serangan yang mungkin tidak boleh diterima oleh mereka.
Menurutnya, Harapan Baru akan menjadi sebuah parti yang lebih inkslusif dan boleh diterima baik dalam masyarakat sekali gus menggantikan Pas dalam Pakatan 2.0 yang akan tetap diwujudkan sebagai alternatif kepada rakyat dalam PRU 14 nanti.
“Harapan Baru tetap meletakkan Islam sebagai asas perjuangan, malah memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam memperjuangkan gerakan ini,” katanya.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...