Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Julai 25, 2015

Wakil rakyat PAS tak perlu letak jawatan - GHB

DZULKEFLY AHMAD

KUALA LUMPUR, 25 Julai:Gerakan Harapan Baru mempertahankan mana-mana wakil rakyat PAS yang mahu menyertai NGO itu agar tidak perlu meletakkan jawatan. 

Sinar Harian melaporkan Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini kerana kemenangan mereka bukan hanya bersandarkan kepada tiket PAS semata-mata.

“Sebagai contoh, di kawasan itu ada 5,000 ahli PAS tetapi mereka menang dengan 9,000 undi. Ini bermakna yang menyokong mereka bukan sekadar ahli PAS, tetapi rakyat.
“Kita juga tidak tahu apa sebab sebenarnya mereka menyokong wakil rakyat itu. Ada calon diangkat sebab nama mereka sendiri, sebab parti dan lain-lain, jadi ada banyak faktor kemenangan mereka,” katanya.

Sebelum ini, terdapat banyak desakan daripada PAS agar ADUN dan ahli parlimennya yang mahu menyertai Harapan Baru supaya meletakkan jawatan.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dilaporkan berkata, mereka perlu meletakkan jawatan bagi mengelakkan pendapatan syubhah.

GHB 3
Penubuhan Gerakan Harapan Baru bertujuan memperjuangkan pendekatan Islam yang inklusif dan membawa rahmat kepada orang Islam dan bukan Islam. – Foto TRP/Mokhsin Zamani

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Titiwangsa, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, peletakan jawatan perlu dilakukan segera bagi menghormati mandat diberikan pengundi di kawasan berkenaan.
Antara wakil rakyat yang sudah mengesahkan akan keluar PAS dan menyertai Harapan Baru setelah didaftarkan sebagai parti ialah ADUN Morib, Hasnul Baharuddin.

Menurut Hasnul, beliau dimaklumkan terdapat lebih ramai ADUN dan ahli Parlimen akan menyertai Harapan Baru.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, tiada undang-undang yang mengatakan individu yang dipecat atau keluar parti perlu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

“Sebagai contoh, Tan Sri Khalid Ibrahim masih kekal sebagai wakil rakyat walaupun dilucutkan keahlian sebagai ahli PKR. Jadi tiada sebab untuk mereka letak jawatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tujuan utama penubuhan Harapan Baru ialah untuk memperjuangkan pendekatan Islam yang inklusif dan membawa rahmat kepada orang Islam dan bukan Islam.

“Apabila PAS kata tidak boleh bekerjasama dengan DAP dan terkuburnya PR, ini merupakan satu situasi yang mencemaskan umum. Ia bukan saja menjejaskan persepsi terhadap Pas tetapi Islam juga.

“Sekarang saya lebih khuatir kerana kita menyaksikan PAS hampir kembali kepada trend asalnya yang sangat keras,” katanya.

Beliau mendakwa, pendekatan inklusif gagal dilakukan oleh PAS dan hanya menjejaskan sokongan kepada parti itu, termasuklah ketika isu kalimah ALLAH dan hudud sedang hangat diperkatakan.

“Kami rasa pimpinan sedia ada tidak dapat teruskan unjuran ke situ. Jadi kami terpanggil untuk bawa satu wadah bagi membangunkan pendekatan Islam inklusif iaitu bukan untuk orang Islam saja.

“Daripada kajian, sokongan bukan Islam kepada parti lama kami sudah kurang daripada 10 peratus walaupun suatu ketika dulu pernah mencecah 70 hingga 80 peratus.

“Menang angka bukan segala-galanya tapi jangan kita lupa itulah kayu ukur sokongan pengundi dan rakyat kepada kita,” katanya.

trp

2 ulasan:

  1. Ambo nok tanyo mano lebih dosa make gaji syubahah kerano tok nok letok jawate denge demo yen dok tok nok letok jawate di polo pene den selego ambo doh pese kepalo nie

    BalasPadam
  2. Politik kepartian boleh menjadi begitu hodoh jika cagaran untuk kemenangan sesebuah kumpulan itu adalah rumahtangga.
    Mufti Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berpolitik sepatutnya dibangunkan untuk membina masyarakat dan negara yang lebih baik.Itu kata Mufti

    TAPI KATA AKU apa ke jadah parti yg mengaku Islam tapi kaedah ini diamalkan, kaedah Cai digunakan............PAS memalukan agama Islam sama dgn pemimpin cai mereka yg suka membarua, tololkan dan jebonkan Jemaah. MACAM NI KA PAS YG DIKATA PARTI ISLAM. Jujur kata ini parti memalukan agama bertopeng agama. Yg di Penang bila nak letak jawatan. Kata dah putus tapi masih kemaruk elaun dlm kerajaan DAP. Semua ini kerana nak bayar bil letrik, bil kereta dan bil HP kan....Mana maruah dan mana telur.

    Duvid2

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...