Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Mei 24, 2013

Tindakan keras terhadap pembangkang menunjukkan reformasi adalah penipuan Najib/bn




PETALING JAYA, 24 Mei — Tindakan keras terhadap pemimpin pembangkang dan pengkritik sepanjang minggu ini adalah petanda jelas kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah jujur dalam mahukan reformasi politik sebenar, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dalam satu perhimpunan di sini malam tadi.
Mereka memberitahu hampir 5,000 hadirin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan sebagai langkah untuk kebebasan sivil akan tetapi penangkapan empat orang lelaki di bawah undang-undang itu bermaksud ikrar reformasi hanyalah bertujuan untuk memenangi Pilihan Raya 2013.

“Apa janji mereka? Oleh Barisan Nasional dan perdana menteri minoriti? Mereka tidak pernah berkata era kerajaan tahu semua sudah tamat? Demokrasi mekar dibawah tiang 1 Malaysia?
“Mereka tidak pernah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan? Kita telah dijanjikan! Kita telah dijanjikan oleh kerajaan BN,” kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam perhimpunan “kesyukuran” PR di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Batu dari PKR Chua Tian Chang, Tamrin Ghafar dari PAS dan aktivis politik Haris Ibrahim ditahan semalam kerana menghasut dan ditahan semalaman di lokap berpusat Balai Polis Jinjang di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan.
Najib telah berjanji untuk memansuhkan undang-undang itu apabila mengumumkan program reformasi politiknya termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak berapa lama sebelum Pilihan Raya 2013 berlangsung.

Chua, Tamrin yang satu ketika dahulu ahli Parlimen Batu Berendam dan pemimpin Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris, ditahan secara berasingan petang semalam kerana menghasut dalam apa yang dilihat sebagai tindakan keras kebangsaan terhadap penyokong pembangkang.
Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu.

Individu pertama yang ditahan akibat forum itu dan didakwa kerana menghasut adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi semalam.
Lelaki berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan perbicaraannya ditetapkan bermula pada 2 Julai.

Mendakwa pilihan raya dicurangi, PR setakat ini enggan untuk mengiktiraf keputusan Pilihan Raya 2013 yang menyaksikan BN dan Najib mempertahankan kuasa akan tetapi dengan majoriti kurang. Gabungan dipimpinnya juga hilang undi popular menyebabkan ianya menjadi kerajaan minoriti.

Bekas menteri undang-undang Umno Datuk Zaid Ibrahim mengatakan tindakan keras memberi isyarat BN takut dengan kekuatan pembangkang yang semakin berkembang, dan penahanan adalah satu-satunya cara Najib untuk memastikan gabungan dipimpinnya boleh terus mengekalkan kuasa.
Beliau juga menegaskan penahanan dibuat di bawah Akta Hasutan walaupun Najib berjanji untuk memasuhkan undang-undang itu.

“Mereka tahu PR telah menang lebih daripada 50 peratus undi popular dan mereka telah menang melalui penipuan… dan sekarang anda berhadapan dengan penangkapan ini walaupun Najib berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan,” katanya.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dari DAP Datuk Teng Chang Kim mendakwa tindakan keras dilakukan untuk menenangkan ekstrimis Umno dan mengukuhkan kedudukan beliau kerana mungkin akan dicabar pada pemilihan parti akan datang berikutan prestasi yang lemah dalam Pilihan Raya 2013.
“Beliau sedang berserabut. Beliau takut. Sebab itu beliau tunjukkan kepada ekstrimis Umno beliau boleh bersikap keras,” katanya.

Semalam penggubal undang-undang DAP mencadangkan pentadbiran Najib menunjukkan situasi ala 1987 disebalik panggilan untuk “perdamaian nasional” melalui tindakan keras kementerian dalam negeri terhadap personaliti pembangkang dan media mereka.
Menteri Dalam Negeri baru dilantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi walau bagaimanapun mempertahankan tindakan polis, mengatakan mereka mempunyai asas dan bukti kukuh untuk membuat penangkapan.

TheMalaysiaInsider
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...