Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Mei 29, 2013

Tiada penyatuan PAS-Umno selagi saya hidup - TGNA

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

HarakahDaily
    

2 ulasan:

  1. Subhannallah.Syabas Tok Guru.
    Dari hukum adat insaflah sekelian ahli dan penyokong PAS terhadap sikap dan layanan Umno di masa lepas,iaitu habis manis sepah dibuang.
    Bila senting PAS dijulang,bila selesa PAS dibuang.
    Dari segi agama,rujuklah kapada Surah Hud ayt. 113.

    BalasPadam
  2. .. dan selama-lamanya selagi Islam dan Allah tidak dijadikan asas dalam pemerintahan negara.... Amin

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...