Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mei 25, 2013

Tuntutan pengerusi SPR letak jawatan wajar – Wan Azizah

KONGRES_LOGOPETALING JAYA 25 Mei: Desakan agar pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  meletak jawatan adalah wajar kerana gagal menjamin pilihan raya bersih dan adil  pada PRU 5 Mei lalu, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Malah katanya, SPR turut bersubahat secara langsung dalam jenayah penipuan bagi BN, sekaligus mengkhianati amanah rakyat.
“Justeru kita akan terus menuntut agar kepimpinan SPR meletak jawatan! Tunturan rakyat yang disuarakan oleh BERSIH ternyata tidak dilaksanakan sepenuhnya.

“SPR bukan sekadar gagal menjamin proses pilihanraya yang bersih dan adil, malah terlibat pula secara langsung dalam jenayah bagi pihak BN,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan dasar Presiden di Kongres KEADILAN kali ke Sembilan di Dewan Sivik MBPJ Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan anggota, jentera dan pimpinan parti di pelbagai peringkat memperkukuh dan memperkuatkan KEADILAN dari semasa ke semasa serta mengumpul bukti penipuan PRU kepada rakyat.

“PRU13 mengajar kita bahawa penipuan berlaku secara sistematik dan berseluasa, maka tumpuan kita kini adalah untuk mendedahkan penyelewengan PRU kepada rakyat.

“Pada masa sama, adalah amat kritikal agar program pemantapan pimpinan, organisasi, jentera parti dan keanggotaan diperkukuh demi menjana kemenangan dalam masa terdekat.

“Dengan meluncur sehati, sejiwa, barulah kita mengecapi kemenangan,” katanya lagi.

KeadilanDaily
    

1 ulasan:

  1. Betuah le klu dia nk letak jawatan..klu melibatkan amno/bn ya mmg dia kena pecat tp klu libatkan pr minta maaf le sbb belakang dia ada backup iaitu majikan dia bn..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...