Pegawai SPR Cuba Menipu Keputusan PRU-13 Dun Manir
MARANG - Adun Manir YB Ustaz Hilmi Harun berakata, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) selamanya tidak pernah memberikan keadilan dan ketelusan dalam mengendalikan pilihanraya .
Beliau berkata, dalam keadaan berjaga-jaga supaya tidak berlaku sebarang salah laku dan penipuan sepanjang pilihnan raya umum kali ke-13 yang lalu, pegawai tempat mengundi di salah satu pusat mengundi dalam Dun Manir cuba menipu dalam menentukan keputusan.
"dalam kita kata SPR tu menipu, temat kita menang pun dia nak menipu apa lagi tempat yang kita kalah, semua orang tahu strategi (penipuan) ini telah dilakukan (berulang kali) sebelum ini,
"(saya) nak beri contoh di (Dun) Manir (baru-baru ini) kita tak tau lah (samada) pegawai SPR ni Umno ke Pakatan Rakyat kita tak tahu, tapi cara-cara (penipuan) dibuat oleh mereka, selepas daripada pengiraan undi, pegawai SPR ini (itu) dia tulis angka yang banyak belah balik (ruang) Umno (BN).........angka yang sikit dia letak dibelah alik PAS,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Ceramah Kesyukuran di Dun Pengkalan Berangan pada Sabtu 18 Mei
Selepas itu, kata beliau, pegawai tersebut memberikan borang tersebut kepada agen pengiraan undi (counting agent) PAS dengan berkata, "tandatanganlah cepat-cepat, kita hendak siapkan segera, kerana kita sudah letih,". [Lihat Video]
Katanya, apabila disemak oleh agen pengiraan undi PAS beliau mengeyakki pekara tersebut dan bertanya kepada pegawai terbabit, mengapa angka tersebut terbalik, jumlah undi yang banyak diisi diruangan BN dan jumlah sedikit di ruangan PAS.
"(lalu agen pengiraan) complaint (bantah) kepada pegawai SPR........ dia tanya, ini apa punya kerja ni (pegawai) SPR, (lalu dijawab oleh pegawai SPR).......minta maaf.......mengantuk mata.........,
"padan dia buat main (mempermain-mainkan) kita (secara) bodoh begitu sahaja (sekiranya kita tidak berwaspada),"tegas Ustaz Hilmi.
Menurutnya, ia adalah satu keadaan yang menjadi contoh bahawa, bukan sahaj pihak SPR membuat undang-undang yang menyusahkan, bahkan kebanyakkan para pegawai yang dilantik oleh SPR berpihak kepada Uno dan Barisan Nasional (BN).
Tindakan SPR itu juga katanya, jelas menyalah gunakan sistem pilihanraya untuk membantu Umno-BN mencapai kemenangan dan mengekalkan kuasa mereka.
Dalam PRU-13 yang lalu, Ustaz Hilmi Harun mendapat undi sebanyak 6,873, telah mengalahkan calon Umno-Barisan Nasional, Yusof Awang Hitam yang mendapat 6,285 dengan majoriti 588 undi.
buletinonline.net
Hanya bersandarkan andaian, jgn dapat dosa fitnah free sudah... dia sendiri cakap xtau pegawai lantikan spr tu bn atau pr, tp dah buat andaian mcm2.. aku x kata benda ni salah.... kalau betul ok, kalau salah?? dia cuma berani buat andaian... puak penyokong ingat benda tu dah benar...
BalasPadamaku bertugas di pejabat tempat dimana pengurus pilihanraya mengurus dan melantik pegawai2 spr... mmg betul2 fitnah bila cakap spr memilih orang tu mesti umno untuk bertugas sebagai pegawai spr... sebetulnya spr hanya menghantar borang dan diisi oleh sesiapa saja... selalunya kalau sekolah tu maka pegawainya dr sekolah tersebut... dan untuk makluman juga kebanyakan pegawai yg dilantik dikawasan aku kebetulannya adalah dr kalangan guru yg menyokong pembangkang.... dr mana dia berkata spr hanya memilih ahli2 dari bn? bukankah itu fitnah?
BalasPadamgua sendiri,telah 4 kali pilihanraya termasuk 2 kali mjadi KTM ketua tempat mengundi dan gua sendiri minat dgn PR,,,selama pengalaman gua tiada satu ayat pun dari pegawai SPR semasa taklimat atau spjg pilihanraya untuk memihak mana2 parti, sebalik menegaskan supaya berlaku adil, berkecuali dan mengikut buku undang2 akta pilihanraya dan perlembagaan..sekian timekasih.
Padamspr=suruhanjaya penipu rakyat...matlamat utama dia menangkan umno/bn..kau amati cakap2 pengerusi dan setiusaha spr tak ubah macam ketua cawangan umno!!
BalasPadamsaya bertugas sebagai caunting egen di DUN SABAK.Di satu sekolah tempat mengundi,KTM telah kami kenal pasti adalah guru umno tegar.Ternyata semasa pengiraan undi KTM berkenaan memihak BN.Bila kami berkeras KTM ini jadi malu sendiri.Dia ingat kami dari PR boleh dipermainkan.Selangor N2 SABAK PR menang majoriti 399.
BalasPadamitu sebab spr letakkan ejen... x puas hati boleh suarakan... saudara sendiri nampak, tidak boleh melakukan penipuan disini, walau ktm itu sedikit berpihak tp ejen boleh membantah jika tidak berpuas hati... perlu diingat jika ktm itu berpihak bukan salah spr tp salah dia sendiri... dan saudara perlu ingat, ditempat lain pula ktm nya adalah dr PR.. situasi yg sama berlaku... tp ini bukan salah spr.. salah dia sendiri... harap faham
PadamJika KTM adalah cenderung BN maka kemungkinan sedikit berpihak, begitu juga sebaliknya...salahnya disini ialah ktm itu sendiri bukannya SPR.. kalau ktm itu cenderung PR maka ianya akan sedikit menyebelahi PR...dalam hal ini, untuk menyalah spr adalah tidak adil kerana spr tidak memilih sesiapa sewaktu dilantik...utk pengetahaun bersama, kami tidak dibenarkan berpihak, malah perlu mengangkat sumpah utk berkecuali..ini fakta
BalasPadamJgn lupa KTM ada kuasa untuk membuat keputusan muktamat wpun ejen tk setuju..sekiranye ejen tk mahu turun tt pd borang 14 KTM boleh abaikan dgn kuasa yg dia ada..sila baca akta pilihanraya utk kepastian.
BalasPadam