Khamis, Mei 16, 2013

Himpunan Pakatan Rakyat aman, tiada kekerasan – Anwar Ibrahim

PETALING JAYA 15 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat tidak terlibat dan menolak sebarang penganjuran himpunan yang menggunakan kekerasan bagi menumbangkan kerajaan.

“Pakatan hanya menyertai perhimpunan aman sahaja,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
945054_572863309420680_1167231291_n
Beliau menjawab soalan wartawan mengenai rancangan sekumpulan aktivis untuk menghimpunkan sejuta rakyat Sabtu ini kononnya didakwa untuk menumbangkan kerajaan susulan penipuan dalam pilihan raya lalu.

Anwar menjelaskan, cadangan itu tidak pernah dikemukakan kepada parti dalam Pakatan Rakyat.
“Perkara ini tidak pernah dikemukakan pada kami dan tidak pernah dibincangkan oleh Pakatan Rakyat,” katanya.

Tegas Anwar lagi, penyertaan Pakatan hanya terhad kepada perhimpunan aman yang dianjurkan Pakatan dan juga NGO berkaitan.

http://www.keadilandaily.com/?p=52136

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng