KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak
pembebasan serta-merta Tian Chua dan Haris ibrahim dan pemberhentian
pendakwaan bermotifkan politik terhadap aktivis Pakatan Rakyat dan NGO.
Serentak itu, PKR mengutuk penahanan Naib Presidennya, dan Haris selaku Pengerusi Asalkan Bukan Umno pada hari ini di bawah Akta Hasutan.
“Ini satu lagi bukti bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak masih lagi terperangkap dengan dasar-dasar lapuk Umno BN,” ujar Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan.
Pada tahun lepas, katanya Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Akta Keharmonian Nasional untuk menggantikan undang-undang zalim tersebut, Akta Hasutan yang digubal penjajah tersebut kekal.
Menurutnya, dakwaan bahawa Najib mahukan rekonsiliasi nasional selepas pilihan raya baru-baru ini juga terbukti janji kosong semata-mata.
Ini, ujar beliau adalah petanda buruk bagi rejim baru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Penahanan terbaru ini berlaku selepas dakwaan terhadap saya di bawah Akta Perhimpunan Aman dan penahanan aktivis mahasiswa Adam Adli di bawah Akta Hasutan,” katanya lagi.
Ironisnya, kata beliau ramai pimpinan Umno BN dan akhbar mereka Utusan Malaysia terus membakar sentimen perkauman namun tiada tindakan diambil ke atas mereka sedangkan pimpinan yang berjuang untuk demokrasi menjadi mangsa, yang menunjukkan hipokrasi pentadbiran Najib.
HarakahDaily

0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...