Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Mei 23, 2013

HIMPUNAN "SUARA RAKYAT 505" 25 MEI INI, ANWAR, MAT SABU TURUN, KITA LIHAT SIAPA YANG TIDAK TURUN....

 
Kenyataan Media
Gabungan "Suara Rakyat 505"
22 Mei 2013
KEPIMPINAN PR AKAN SERTAI HIMPUNAN #SuaraRAKYAT505

Perkembangan paling menarik akhirnya muncul sekaligus bakal menyemarakkan semangat rakyat untuk bersama dalam himpunan #SuaraRakyat505. Gabungan "Suara Rakyat 505" menyifatkan berita baik ini hadir tepat pada masanya.

Semalam 21 Mei 2013 dalam himpunan bersiri #Blackout505 peringkat negeri Kedah, menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi signal yang jelas di hadapan 70 ribu hadirin, betapa semua pimpinan harus hormat aspirasi majoriti rakyat. Beliau juga menyebut dengan jelas bahawa protes penipuan pilihanraya ini bukan persoalan Anwar secara peribadi, tetapi ia adalah soal hak demokrasi rakyat yang dinafikan dengan penipuan PRU.

Anwar selaku pemimpin harus respon kehendak rakyat. Rakyat mengambil keputusan untuk turun maka Anwar Ibrahim juga perlu turun bersama. Ini termasuklah detik penting acara 25 Mei ini yang dianjur gabungan 60 NGO gagasan "Suara Rakyat 505" pada jam 5 petang di Padang Timur (depan Amcorp Mall). Anwar turut yakin bahawa ratus ribu rakyat akan bersama dalam himpunan #SuaraRakyat505 dan beliau pasti akan bersama, malah Anwar Ibrahim yakin pemimpin-peminpin Pakatan Rakyat yang lain juga pasti akan bersama.

Dalam acara yang sama sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Tn Hj Mat Sabu juga menyatakan penegasan bahawa beliau akan bersama dalam himpunan #SuaraRakyat505.

Selaku penganjur, Gabungan "Suara Rakyat 505" mengalu-alukan kehadiran semua pimpinan Pakatan Rakyat. Kepedulian pimpinan Pakatan Rakyat ini memberi gambaran bahawa rakyat tidak bersendirian dalam survival menjulang demokrasi demi masa depan agama, anak bangsa dan tanahair.

Akhir sekali, Gabungan "Suara Rakyat 505" tetap bertegas bahawa tuntutan utama masih tidak berubah dengan perkembangan terbaru ini. Sesungguhnya rakyat tidak rela ditipu lagi setelah kian lama bersabar. Rakyat menuntut keadilan demokrasi sebenar dan dalang penipuan harus dihumban keluar. Kali ini rakyat tidak akan berganjak selagi Jawatankuasa tertinggi SPR tidak meletak jawatan.

Sekian

Gabungan "Suara Rakyat 505"
 
http://wfauzdin.blogspot.com
    

4 ulasan:

  1. Kecuali uzur, pemimpin yang tak turun, singkirkan mereka di dalam Muktamar kali ini.

    Kita tak perlu pemimpin bacul dan kita tak perlu pemimpin yang tidak bersama rakyat membela kebenaran.

    BalasPadam
  2. Kenapa x melalui petisyen mahkamah? Berkumpul beramai2 bole menimbulkan suasana tegang dgn kata2 yg mungkin tidak bole d kawal! Pas sbg parti yg mendukung psrjuangan yg menolak cara begini perlu menunjukan contoh yg baik bg menarik rakyat yg bencikan kekacauan & yg mengajak anak muda yg sepatutnya tumpuan mereka adalah utk belajar & bukan buat perkara2yg tidak membawa faedah langsung! Lebih baik mereka2 ni ikuti program belia&agama yg boleh membentuk mereka menjadi insan yg kamil!jikalau pas mahu memenangi hati lg ramai org yg d atas pagar, saya rasa inilah masanya tunjukan contoh melalui teladan! Tarbiyahkanlah anak2 muda dgn contoh kelakuan yg baik dan lebih dekat kpd agama.bukan dgn sama2 membuat demonstrasi d sana sini pg & ptg..yg secara x langsung melekakan mereka drpd tumpun memperbaiki diri secar ilmiah &keGamaan!

    BalasPadam
  3. tanpa nama : mahkamah leh caya ke? huhu,, semua depa pegang,, itu ja cara kita untuk tuntut hak kita.

    BalasPadam
  4. Pemuda PAS sokong penuh himpunan 505 esok

    KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan memberikan sokongan penuh kepada perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 yang bakal diadakan besok di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor.

    “Saya menyokong penuh usaha gabungan NGO mengumpulkan kekuatan suara yang padu dari rakyat untuk pemulihan sistem demokrasi selama mana ia diurus secara aman dan baik.

    "Semoga 2505 akan menjadi satu lagi detik bersejarah, menyaksikan kebangkitan rakyat pula didominasi oleh anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam pengurusan serta pengendalian pilihanraya,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan di Facebooknya.

    Ahli Parlimen Temerloh itu berkata 2502 adalah detik pengisytiharan suara anak muda khasnya dan rakyat amnya bagi mengemukakan pelbagai bukti dan saksi umum untuk menolak manipulasi dan membantah penyelewengan serta meluruskan kepincangan pilihanraya dalam sistem demokrasi negara.

    “Insyaallah himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman. Justeru itu saya mengharapkan semua peserta himpunan tidak terlibat dengan sebarang provokasi. Anak muda hanya mahu menyatakan suara mereka, bahawa perlunya sistem pilihanraya negara diperbaiki dan dipulihkan sebelum ianya runtuh lebih teruk,” tegas beliau.

    Nasrudin juga menyeru pihak keselamatan untuk membantu tanpa melepaskan sebarang provokasi yang merosakkan tujuan sebenar perhimpunan esok.

    “Berilah ruang dan peluang kepada rakyat untuk bersuara dan menyampaikan mesej mereka kepada pihak kerajaan secara aman dan santai,” saran beliau.

    Pagi tadi, PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.

    Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

    “PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily.

    Mohamad pula menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah panik apabila cuba memberi amaran jangan menghadiri himpunan aman SuaraRakyat 505 esok.

    Katanya, Zahid sepatutnya menawarkan diri untuk berdepan dengan rakyat yang mahukan kebebasan bersuara bukannya berselindung di sebalik polis.

    "Zahid bukannya hendak berdepan dengan rakyat, sebaliknya berselindung di belakang polis. Dia bukan pemimpin yang berani sebab guna polis," katanya kepada Harakahdaily.

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/19505-pemuda-pas-sokong-penuh-himpunan-505-esok

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...