 Himpunan
 bertempat di kawasan letak kereta berhampiran pejabat PKR di Jalan 
Beserah di sini itu menyaksikan lautan manusia berpakaian hitam, warna 
tema protes tanda terkuburnya demokrasi pada 5 Mei lalu atau disebut 
'Blackout 505'.

'Blackout 505'.Seperti biasa, pelbagai spanduk dan poster membawa mesej bantahan terhadap ketelusan pilihan raya turut dibawa oleh peserta.
Selain Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pimpinan parti itu yang hadir termasuk Datuk Johari Abdul, Badrul Hisham Shaharin, Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail serta Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman.
 Wakil
 PAS pula termasuk Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Ketua Penerangan PAS
 Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa 
serta Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli.
Wakil
 PAS pula termasuk Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Ketua Penerangan PAS
 Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa 
serta Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli.Anwar dalam ucapannya berkata, himpunan tersebut adalah manifestasi bantahan rakyat terhadap "kemenangan yang dirompak".
"Perhimpunan ini hasrat rakyat. Kami menang pilihan raya kamu rompak kemenangan ini. Orang Umno kata terimalah keputusan ini. Keptusan apa, keptusan rompak?
"Kamu terima orang rompak kereta kamu, harta kamu, tanah kamu, kamu nak suruh rakyat terima?
"(Perhimpunan) ini menengenai maruah rakyat menuntut pilihan raya bebas dan adil," katanya.
Sementara itu penganjur menganggarkan kehadiran malam tadi mencecah 30,000 orang.
Jumlah itu difahamkan tidak termasuk mereka yang beradal di kawasan luar padang yang tidak dapat masuk akibat kawasan penuh.
Kehadiran itu disifatkan sebgai memberangsangkan biarpun tempat himpunan terpaksa bertukar di saat-saat akhir atas arahan pihak polis.
Himpunan malam tadi itu pada asalnya dijadual berlangsung di Padang Mahkota Aman, Kuantan.
HarakahDaily
 
 Catatan
Catatan
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...