Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Mei 19, 2013

Blackout 505: Anwar Ibrahim terus salahkan SPR


Blackout 505: Anwar terus salahkan SPR
 
Sebahagian penyokong PR yang hadir pada perhimpunan Blackout 505 ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ edisi Negeri Sembilan di Pusat Komersial Oakland, Seremban 2, malam kelmarin.
 
SEREMBAN – Kira-kira 40,000 penyokong PR membanjiri perhimpunan Blackout 505 ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ edisi Negeri Sembilan bertempat di Pusat Komersial Oakland, Seremban 2, malam kelmarin.
Perhimpunan 505 di negeri ini yang dipenuhi penyokong PR memakai baju berwarna hitam adalah yang keenam selepas Selangor, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Johor.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir pada perhimpunan itu kira-kira jam 10.45 malam, dalam ucapannya terus-menerus menuding jari kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sekarang SPR tidak memberi sebarang maklum balas, tetapi apabila cukup maklumat mengenai penipuan itu nanti, kita akan tuntut SPR untuk membetulkan balik kawasan-kawasan yang berlaku penipuan,” dakwanya dalam perhimpunan itu yang turut dihadiri isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.

Anwar mendakwa lagi, beliau menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dan sedia kalah mengikut kepada peraturan, tetapi bukan kalah atas tindakan penipuan Barisan Nasional (BN).


SinarHarianOnline
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...