Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Mei 07, 2013

Panas!!! Anwar tegas lagi, tolak keputusan PRU13




(Sidang media yang dibuat oleh PKR hari ini)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan hari ini penolakkan keputusan pilihan raya umum ke 13.

Dengan memperolehi 52 peratus undi popular jika dibanding Barisan Nasional (BN), dengan jumlah undi sebanyak 5,623,984 untuk seluruh negara, Pakatan Rakyat sebenarnya menjadi pilihan rakyat.

Anwar turut mengulangi Pakatan Rakyat menyifatkan pilihan raya ini penuh dengan penipuan.

Beliau turut menyeru rakyat supaya hadir di Stadium Kelana Jaya malam esok (Khamis) dengan berpakaian hitam sebagai sokongan tragedi hitam pilihanraya negara dan mendengar penjelasan yang akan diberikan berhubung penipuan dalam pilihanraya.

Anwar yang menegaskan beliau tidak akan berundur dan akan tetap bersama rakyat untuk memastikan pilihanraya lebih adil dan telus serta menolak pemimpin BN yang menipu dalam pilihanraya.

Jelasnya Ketua Umum PKR itu, rakyat sudah membuat pilihan dengan semangat demokrasi serta semangat kekeluargaan.

Malah analisis turut membuktikan Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan dari segenap negeri terutamanya generasi muda tanpa mengira warna kulit dan kaum.

Katanya lagi, rakyat negara ini memilih untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang adil dan lebih telus di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat telah mendapat undi popular melebihi BN iaitu sebanyak 5,623,984 undi atau 52 peratus untuk parlimen di seluruh negara.

"Peningkatan ini adalah kerana rakyat Malaysia membuat pilihan dengan semangat demokrasi dan kita mendapat sokongan dari seluruh negera terutamanya generasi muda yang mahu memastikan negara ini lebih adil dan telus di bawah Pakatan Rakyat," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini.

Namun katanya, keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telah dicemari dengan penipuan dan kecurangan yang berlaku secara menyeluruh.

"Sentimen umum mengetahui Datuk Seri Najib Razak dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah merampas kemenangan Pakatan Rakyat.

"Saya menegaskan dan mengulangi tidak dapat menerima keputusan PRU13 ini yang penuh dengan penipuan," sambung beliau.

Menurut beliau, BERSIH sebelum ini memohon lapan perkara pokok bagi memastikan pilihanraya yang bersih dan adil, namun itu tidak dapat diteruskan walaupun ada jaminan dari Najib sebelum ini.

Malah penipuan ini melampau dengan SPR menipu rakyat dengan penggunaan dakwat kekal yang umum semua tahu bahawa dakwat tersebut tidak kekal sepertimana yang dimaklumkan.

"Di seluruh negara terdapat ratusan laporan polis dibuat, di kawasan-kawasn yang dipertikai kita tidak dapat menerima keputusan tersebut dan menunggu penjelasan dari SPR.

"Kita telah melantik Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk mengenali pasti kawasan-kawasan yang timbul keraguan dan penipuan, kita akan jelaskan setelah mendapat segala bukti-bukti yang diperolehi," sambung beliau lagi.

Anwar turut menjelaskan PKR, PAS dan DAP akan bekerjasama dengan BERSIH akan memastikan tribunal awan dilaksanakan.

"Saya akan jelaskan bukti yang kita perolehi bagi membuktikan terdapat penipuan dilakukan oleh Najinb pada pilihanraya kali ini," katanya.

Harakahdaily
    

1 ulasan:

  1. Sejujurnya rasa amat tidak puas hati dengan ulasan dan alasan oleh pengerusi SPR menjelaskan yang dakwat kekal hilang seperti yang disiarkan di TV. kita yang alami semua itu rasa diperbodoh dan ditipu secara terang oleh Pengerusi SPR. Apapun sekiranya hendak menafikan carilah alasan yang lebih munasabah dan konkrik agar alasan itu tidak nampak terang-terangan ada unsur untuk menafikan secara tidak jujur. Saya alami semua itu.. Dakwat yang dicari dicuci dengan mudah menggunakan pencuci pinggan sahaja keluar bersih tanpa meninggalkan sebarang kesan. Saya berani bersumpah dan binasa islam saya sekiranya mereka, mengadakan cerita atau menipu. Tidak percaya lagi dengan cakap seperti ini kepada seorang yang beragama islam tak tahulah apa lagi nak cakap. Minta pengerusi SPR pulak bersumpah didepan Kaabah lah kot... Wallahhuaklam..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...