Lebih negeri akan 'digelapkan' mulai esok
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, dalam tempoh seminggu bermula esok, mereka merancang empat perhimpunan sama di Bukit Mertajam (esok), Ipoh (12 Mei), Kuantan (14 Mei) dan Johor Bahru (15 Mei).
"PKR yakin bahawa suara rakyat ini perlu dibawa dan diperjuangkan. Tindakan menerima keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat," katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata, perhimpunan yang dikenali "Black505" itu sebagai tanda penolakan terhadap dakwaan "penipuan pilihan raya" oleh Datuk Seri Najib Razak dengan pimpinan atasan SPR.
Beliau juga berkata, PKR menubuhkan dua pasukan utama untuk menangani gerakan menolak keputusan pilihan raya dan pasukan panel penyiasat yang diketuai beliau sendiri.
"Hasil dari siasatan ini akan digunakan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah, selain dari tindakan khusus terhadap individu yang terlibat di dalam penipuan pilihan raya termasuklah tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya.
Skop tugasan dan mekanismenya akan diumumkan esok.
Malaysiakini
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...