Isnin, Mei 13, 2013

Bongkar!!! KEADILAN terima 237 laporan penipuan p’raya libat 27 Parlimen

PETALING JAYA 13 MEI: 237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 diterima pasukan #SiasatPRU13 sepanjang minggu ini, dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Katanya, melalui analisa awal #SiasatPRU13, empat kriteria dikenalpasti dalam siasatan, iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus dan margin kemenangan tipis yang tidak sepadan dengan undi rosak yang lebih besar dari majoriti kemenangan.

Rafizi“Dua lagi kriteria ialah peratusan undi pos dan undi awal yang mengatasi margin kemenangan dari undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undi pos dan undi awal diragukan.
“Dan keempat ialah kerusi yang dilaporkan wujudnya penipuan yang ada bukti kukuh beserta laporan polis,” kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurutnya, 27 kerusi Parlimen disenaraipendek untuk siasatan lebih mendalam iaitu Bentong, Kuala Selangor, Baram, Sungai Besar, Pasir Gudang, Labis, Machang, Ketereh, Titiwangsa, Tebrau, Bagan Serai, Kota Marudu dan Beaufort.
Selain itu ialah kerusi Parlimen Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Baharu, Pulai, Kuala Kangsar, Muar, Pendang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan dan Saratok.

Tambah Rafizi, setakat ini beliau turut menerima aduan salah laku pilihan raya di lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), kebanyakannya dari Pulau Pinang, Perak dan Kedah.
Enam jenis kesalahan pilihan raya dikenal pasti dan proses mengumpul bukti sedang dilakukan minggu ini. Kesalahan pilihan raya tersebut ialah:

1. Pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana undi sudah dibuang orang lain, membuktikan wujudnya pengundi hantu dalam daftar pengundi.

2. BN membeli undi dengan menawar dan membayar wang atau baucer yanng boleh ditukarkan tunai kepada pengundi.

3. Wujud pengundi-pengundi tidak dikenali didaftarkan di alamat pemilik rumah, berdasarkan laporan polis dibuat pemilik rumah asal.

4. Dakwat kekal yang hilang dan tidak menepati syarat pengurusan pilihan raya.

5. Kesalahan SPR seperti menandatangani Borang 14 sebelum pengiraan bermula, atau tidak memberi salinan Borang 14 seperti diperuntukkan Undang-undang.

6. Pengundi disyaki warganegara asing yang diberikan kad pengenalan dan dibenarkan mengundi.
Justeru, Rafizi menggalakkan saksi atau mereka yang mempunyai bukti kesalahan pilihan raya untuk tampil membantu pasukan #SiasatPRU13 yang memulakan siasatan minggu ini.
“Kita perlu seminggu lagi untuk membina kes. Minggu ini, kami dibantu 67 sukarelawan yang terdiri dari peguam dan akauntan.
“Selain analisa kualitatif dibuat #SiasatPRU13, pasukan ini juga menjalankan analisa kuantitatif untuk mengenalpasti pelbagai perkara.
“Ini menguatkan lagi sentimen rakyat bahawa PRU ke-13 dimenangi Barisan Nasional melalui penipuan,” kata Rafizi.

KeadilanDaily

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng