Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Mei 21, 2013

'Pesta' pertikai keputusan PRU 25 Mei ini.... Mari Turun Beramai 2.

'Pesta' pertikai keputusan PRU 25 Mei ini
 
Jurucakap Gabungan NGO Suara Rakyat 505 Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan menganjurkan "pesta rakyat bagi mengembalikan demokrasi yang dicuri" secara besar-besaran di Petaling Jaya pada 25 Mei ini sebelum diikuti siri-siri lain di seluruh negara,

NONEPerhimpunan yang dirancang diadakan di padang berhadapan Amcorp Mall antara lain bakal menampilkan bukti dan saksi berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Sekali gus, tegasnya, perhimpunan tersebut "tidak ada kena mengena" dengan dakwaan mahu merampas kerajaan ala "Arab Spring" atau "Malaysian Spring" seperti yang didakwan oleh pihak pemerintah.
Perhimpunan itu dijadual berlangsung bermula petang sehingga malam dan menjangkakan ramai yang akan hadir susulan mood rakyat Malaysia ketika ini, kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu lagi.

"Saya mahu menegaskan perhimpunan ini tidak ada kena mengena dengan Malaysian Spring atau berlaku merampas kerajaan atau dirancang berlaku (untuk merampas kerajaan).

"Sebaliknya rakyat terus bangkit untuk mencari demokrasi yang dicuri kepada rakyat," katanya sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu momokkan untuk menakut-nakutkan kerana kebangkitan rakyat.

Beliau juga berharap semua pihak termasuk pihak polis memberi kerjasama dan tidak termakan dengan "perang saraf" yang dilakukan "pihak yang takut dengan kebangkitan rakyat".
Badrul berkata perhimpunan itu menuntut tiga perkata antara lain mendesak supaya pengerusi dan seluruh jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan serta merta kerana didakwanya gagal menguruskan pilihan raya dengan telus.

Sebaliknya, kata Badrul pihaknya mencadangkan supaya pemilihan anggota SPR yang baru berdasarkan persetujuan rakyat melalui pendengaran awam dan diletakkan suruhanjaya itu bawah kuasa Parlimen.

Selain itu, beliau turut mendesak supaya diadakan pilihan raya semula di kawasan yang didakwanya terbukti wujudnya penipuan tanpa mengira logo parti sama ada BN atau Pakatan Rakyat.

Ditanya sama ada telah memaklumkan kepada pihak polis berhubung perhimpunan itu, Badrul Hisham yang mesra dipanggil 'Chegubard' berkata "itu semua dalam kawalan" dan beliau berharap rakyat akan hadir tanpa sebarang kerisauan.

Antara NGO dan parti politik yang menyokong himpunan tersebut adalah Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Malaysiakini
    

1 ulasan:

  1. berhimpun lah sampai muntah.. korang memang takde keje lain, yg korang tau berhimpun, berceramah dan berdemontrasi... kalau kau buat benda ni tak nyusah kan orang lain takpe.. ni pasal keje bodoh korang, jalan jem tak pasal2.. kalau ada hal erea2 situ dah kena cancel kan..

    dah kalah tu dah lah.. terima je lah qada dan qadar.. fikir la logik, klu 2008 BN menang 143 kursi parlimen, tahun ni dia menang kursi 133 kursi parlimen, pru14 dah tentu korg boleh menang..

    cukup2 lah masa pilihan raya sesak dengan politik, dah habis pilihan raya pon ko nak sesak kan lagi ker.. korang ni betul2 selfish.. kerana seorang manusia tak jadi PM, habis ko susah kan orang lain..

    ingat la wat amal utk mati, jangan sebok berhimpun masa kat dunia, di padang mahsyar ni berhimpun apa amal pon takdak.. come on la PR supporters, grow up la wei..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...