Jurucakap
kumpulan itu, M Asogan berkata, Waythamoorthy menggadaikan kehormatan
diri dan maruah masyarakat India kepada Umno semata-mata kepentingan
sendiri.Beliau berkata, pada 2007 dan 2008, ribuan orang India turun ke jalan raya untuk menyuarakan perasaan tidak gembira dan tidak puas hati dengan kerajaan pimpinan Umno dan BN.
"Tetapi dengan melupakan acara bersejarah ini, Waythamoorthy kini mendekatkan dirinya dengan Umno.
"Masyarakat
India di Malaysia tidak akan sekali-kali memaafkan Waythamoorthy kerana
mengkhianati masyarakat India yang terpinggir dan diketepikan," katanya
selepas mengadakan bantahan bersama 500 hadirin di Paya Besar.Paya Besar berada dalam kawasan Padang Serai di mana bekas peguam Hindraf dan kini Naib Presiden PKR N Surendran bertanding kerusi Parlimen menentang penyandang N Gobalakrishnan dan calon BN Heng Seai Kie, serta dua lagi calon bebas Hamidi Abu Hassan dan Othman Wawi.
Tindakan Waythamoorthy menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Najib bulan lalu dan meminta mereka memberikan BN majoriti 2/3 kembali dalam Parlimen mengundang kemarahan sebahagian penyokongnya.
Malaysiakini
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...