Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Julai 05, 2012

Suaram: Hakim penyiasat Perancis ada ‘cara lain’ heret saksi kes Scorpene

KUALA LUMPUR 4 Julai: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, dua Hakim Penyiasat Perancis, Roger Le Roire dan Serge Tounaire ada ‘cara lain’ untuk membawa saksi kes Scorpene ke mahkamah.

Katanya, ia berikutan keengganan Malaysia untuk membantu siasatan kes rasuah kapal selam itu.
“Mereka mesti ada cara. Kita akan maklumkan dua minggu dari sekarang. Ini kerana salah seorang daripada dua hakim Paris Tribunal Grande Instance itu sedang bercuti.

“Sepatutnya polis Malaysia beri kerjasama untuk serah sepina kepada Jasbir. Sehingga kini, belum ada sebarang perkembangan. Kami pun tak yakin polis Malaysia akan beri kerjasama,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau mengulas sama ada saksi pertama Malaysia yang dinamakan Jasbir Singh Chahl telah menerima sepina.

Dalam pada itu, Cynthia memberitahu, antara punca kes bergerak perlahan apabila Malaysia dan Perancis tidak menandatangani perjanjian ekstradisi pelaku jenayah.
“Jadi, ada masalah. Tapi ada jalan akhir, iaitu dengan memanggil saksi menggunakan (waran) Interpol (polis antarabangsa).

“Tapi, dengan Interpol, Malaysia mempunyai kerjasama,” kata Cynthia.
Beliau juga yakin, melalui badan itu Malaysia tidak boleh mengelak untuk membantu membawa saksi ke Mahkamah Perancis./KeadilanDaily


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...