KUALA LUMPUR 25 Julai: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
dicabar mengambil tindakan terhadap Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin
Yassin berhubung kenyataan beliau menghasut rakyat konon tragedi 13 Mei
berulang jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai Kerajaan Persekutuan
pada pilihan raya umum ke 13.
Justeru,
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendesak Najib memberi jaminan
peralihan kuasa berjalan lancar jika Umno BN tumbang pada pilihan raya
kali ini.
“Sudah empat hari Najib membisu dan gagal bertindak terhadap
kenyataan Timbalannya, (Muhyiddin) yang menggesa ‘anak muda bersatu
memastikan negara stabil dan aman bagi mengelak tragedi 13 Mei 1969
berulang’,” katanya dalam kenyataan.
Pada 20 Julai lalu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur
semasa berucap di Sepanggar, Sabah mengulas kenyataan Muhyiddin itu dan
hanya tiga pemimpin BN memberi respon, namun Najib masih membisu.
“Walaupun ucapan saya direspon Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan
Tengku Mansor, Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli
Parlimen Umno Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang berjanji
peralihan kuasa adalah aman, namun ia tidak cukup selagi Najib membisu
kerana beliau pernah berkata ‘biar berkecai tulang dan badan, bercerai
jasad dan nyawa Putrajaya tetap dipertahankan’,” katanya.
Menurut Kit Siang, sikap membisu Najib mengesahkan lagi Presiden Umno
itu adalah ‘demokrat palsu’ sebagaimana didedah seorang penulis
antarabangsa Jun lalu.
Anugerah itu menjadikan Najib sebaris bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak.
Ciri utama Demokrat Palsu ialah ‘Pimpinan ini menganjurkan pilihan
raya tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kuasa sementara menahan
serta memenjara musuh politiknya’.
Umum mengetahui musuh politik Najib adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun Anwar dilepas dan dibebaskan mahkamah BN kerana didapati
tidak bersalah pada 9 Januari lalu bagi kes Fitnah II, namun keputusan
itu dirayu pentadbiran Najib baru-baru ini dalam keadaan Parlimen bakal
dibubar bila-bila masa./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...