KUALA LUMPUR 13 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak golongan agamawan Umno yang
menikus terhadap kemungkaran oleh pimpinan BN.
menikus terhadap kemungkaran oleh pimpinan BN.
“Semua
orang tahu anak Mahathir (Mohamad), Mirzan beli syarikat arak, San
Miguel. Oh…kalau anak muda minum arak kamu hukum, mahu rotan, mahu
penjara.
“Tapi pada pemimpin Umno, kamu diam! Ada kita dengar fatwa? Tidak
ada…,” kata Anwar di hadapan 3,000 hadirin sempena Jelajah Merdeka
Rakyat di Taman Petaling Utama, malam tadi.
Dalam ucapannya, beliau turut menyelar sikap pemimpin Umno BN yang sering meniup sentimen perkauman dan keagamaan.
Katanya, negara memerlukan barisan anak muda untuk mengubah sistem negara yang penuh kebencian dan perkauman.
Beliau mengimbas khutbah pertama ulama tersohor dunia, Sheikh Yusof
Al-Qaradawi di Dataran Tahrir selepas kejatuhan rejim Hosni Mubarak, di
hadapan tiga juta rakyat Mesir, 18 Februrari lalu.
“Bab pertama (yang dikatakannya), tentang demonstrasi; ‘Bekerjasamalah kamu untuk ketaqwaan dan kebaikan, untuk
menolak kezaliman dan penindasan’.
menolak kezaliman dan penindasan’.
“Bab kedua; ‘anak muda Muslim dan bukan Islam mesti menegakkan kalimatul-haq, kebenaran, kemuliaan manusia dan
keadilan,” kata Anwar.
“Sebab itu, ketika Yusof Qaradawi menyampikan khutbahnya, berpuluh ribu orang bukan Islam turut sama mendengar.
Siapa mereka? Mereka ialah penganut Kristian Gereja Koptik. Kerana
apa mereka datang? Kerana hormat kepada pemimpin dan ulama besar dunia,”
tambah Anwar lagi./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...