PETALING JAYA 5 Julai: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua
Kia Soong mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia diancam bahaya
‘mobokrasi’ (demokrasi samseng).
Katanya, ini kerana institusi pemerintah sangat cepat bertindak ke
atas isu yang disuarakan NGO seperti Jaringan Melayu Malaysia (JMM),
tapi tidak berbuat apa-apa berkaitan soal rasuah dan salah guna kuasa.
Beliau merujuk kepada serbuan pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) ke pejabat Suaram Selasa lalu berikutan kenyataan JMM bahawa
Suaram didaftarkan atas nama syarikat dengan nama Suara Inisiatif Sdn
Bhd.
“Malaysia menghadapi bahaya ‘mobokrasi’, apabila institusi pemerintah
cepat bertindak bila (badan-badan) ‘samseng’ ini keluarkan kenyataan
dan adakan sidang media.
“Pada masa sama, tiada apa-apa siasatan berhubung kes rasuah
Scorpene, walhal siasatan kehakiman (skandal itu) sedang berjalan di
Perancis,” katanya pada sidang media di pejabat Suaram dekat Petaling
Jaya semalam.
Menyifatkan serbuan itu sebagai mengarut, beliau turut berkata, ia bukanlah reaksi yang harus ditunjukkan oleh masyarakat sivil.
Pada 1 Julai lalu, Presiden JMM, Azwanddin Hamzah menyatakan, Suaram
tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan mendesak
identiti penyumbang Suaram didedahkan.
Pengerusi Suaram, K Arumugan menjelaskan, sumber kewangan Suaram diperoleh melalui sumbangan orang ramai dan pihak persendirian.
“Ia direkodkan ke dalam akaun, setiap maklumat dan tujuan wang yang diguna diaudit dan didokumenkan,” katanya.
Sementara itu, Koordinator Dokumentasi Suaram, Wong Kar Fai menegaskan, Suaram tidak bertindak berat sebelah.
“Kami hanya memihak kepada sesiapa yang melawan penyelewengan dan
salah guna kuasa. Jika pemimpin kerajaan turut menentang, kami pasti
akan sokong mereka,” katanya lagi.
ROS tak lulus NGO lawan kerajaan
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan pula
menjelaskan, situasi NGO berdaftar sebagai syarikat adalah perkara biasa
sejak tahun 90an, tetapi banyak permohonan itu ditolak.
“NGO tiada pilihan lain kerana ROS tidak akan luluskan NGO yang dilihat melawan kerajaan,” katanya.
Arutchelvan berkata, PSM sendiri bergelut dengan masalah sama, dan
hanya diluluskan sepuluh tahun selepas penubuhannya, iaitu pada Jun 2008
selepas membawanya ke mahkamah.
Permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat juga tidak diluluskan, walaupun
Ahli Jawatankuasa Pusat, Kamaruddin Jaafar telah dilantik sebagai
Pengerusi Pro-Tem Pakatan, menggantikan Datuk Zaid Ibrahim.
ROS menolak permohonan pertama Pakatan selepas Zaid selaku pemohon keluar daripada KEADILAN November tahun lalu./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Berikut adalah peluang pembiayaan 100% bagi Anda yang mencari pinjaman asli, Yayasan Keuangan Perusahaan LLC di sini untuk membantu.
BalasPadamMereka menawarkan pembiayaan 100%.
Mereka Bahkan Bisa Melakukan Industri Minyak dan Gas
Persyaratan: 1-30Yrs
Min / maks: $ 3000 - $ 10.000.000
Consumer Finance sekarang tersedia tanpa opsi pemeriksaan kredit.
Layanan lainnya termasuk
Pinjaman Pribadi
Pinjaman bisnis
Perbaiki dan Balik Pinjaman
Pinjaman Proyek
Pinjaman Modal
Memulai Pinjaman
Pinjaman Jembatan
Pendanaan Real Estat
Keuangan Peralatan (Semua Industri)
Keuangan Komersial
Pinjaman Rehab
Layanan Pedagang (Pemrosesan Kartu Kredit)
Pinjaman Modal Kerja
Pembiayaan Konsumen / Pelanggan (Mebel, Prosedur Medis, Perhiasan, Proyek konstruksi, atap)
Layanan Kredit
Catatan Pembelian (otomatis, rumah, catatan lainnya)
Pembiayaan Traktor
Pembiayaan Pertanian
Akuisisi Bisnis
Anjak
Pembiayaan Truk
Bagian Pembiayaan Trailer
Jika tidak terdaftar, tanyakan !!
Cepat dan dapatkan kualifikasi melalui: foundationfinancecompanyllc@gmail.com