KUALA LUMPUR 7 Julai: Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron,
dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San
Miguel Corporation – sebuah syarikat arak terkemuka.
“Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak
Mahathir, Mokhzani,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian depan lebih 2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi.
Anwar juga menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada telunjuk
Mahathir apabila meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak
dari Petron.
“MAS tak boleh beli minyak syarikat lain selama enam bulan, daripada syarikat anak Mahathir, Petron – boleh,” katanya, sinis.
Ketua
Umum KEADILAN yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama
lapan tahun itu, mempersoal integriti Najib selaku Perdana Menteri.
“Dasar ekonomi apa ini. Kamu ini Najib, Perdana Menteri ke, ketua
kampung? Ini Perdana Menteri takut kepada Mahathir, dengan Perkasa
takut, dengan Obama takut, balik rumah takut.
Anwar juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion
untuk menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga
membawa kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ini membuktikan, katanya, walaupun berulang kali Umno ‘berikrar’ mahu
membanteras rasuah dan penyelewengan, katanya, janji itu sekadar janji
kerana mereka mendahulukan kroni.
“Bukan tiada orang Melayu, India atau Cina, tapi serah kepada orang
korup. Tapi bercakap, mesti tentang rasuah. Tapi pelahap bukan main
banyak.
“Semua tak betul tapi pemimpin Umno beli syarikat arak tok imam diam sahaja, boleh,” katanya./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...