Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Julai 21, 2012

PAS Cabar!!!! Polis!!!!!!!!!


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
JI-komunis: Dakwaan tak berasas, Pas cabar PDRM

SHAH ALAM – Sambil menyifatkan sebagai kenyataan tidak berprofesional, Pashari ini mengulangi cabaran agar pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin mendedahkan siapa yang beliau maksudkan sebagai anggota Jemaah Islamiah (JI) dan anggota komunis yang telah meresapi Pakatan Rakyat (PR)dan mahu menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan tersebut amat berat kerana ia telah menjadi tanda tanya kepada orang awam selain dakwaan yang tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.

“Pas ingin menegaskan bahawa kami menentang sebarang eleman ekstremis di dalam parti. Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihan raya dan menuntut sistem pilihan raya yang adil dan telus.
“Sebagai contoh, himpunan rakyat yang disertai Pas samaada dalam Himpunan Kuning atau Himpunan Oren adalah berlandaskan demokrasi dan penyataan rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang adil,” katanya semalam.

Kelmarin, Mohd Sofian, Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman dipetik berkata, terdapat pengganas JI dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon PRU13.
Mohd Sofian berkata, Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’ pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara anjuran Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia.

Mohd Sofian berkata, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.

"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya./SinarHarian

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...