KANADA 4 Julai: Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai
lalu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan
rancangan mengadakan pilihan raya umum kes rasuah Scorpene.
Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen
Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat
lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno
mengatakan ia akan diadakan Julai.
Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis
Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45
juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia.
“Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan
dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal
selam itu adalah satu pengkhianatan.
“Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail
hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke
pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.
“Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh
melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa
ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi
kerajaan Malaysia.
“Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta
kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga
parti pemerintah iaitu UMNO,” jelas Manthorpe seperti dipetik.
7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu
melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang
kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance,
Paris.
Kes itu turut melibatkan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...