SAYA menerima undangan daripada Rozan Azen Mat Arip,
orang kuat Pemuda PKR, untuk hadiri majlis bicara buku Datuk Siddiq
Fadzil, 25 Jun lalu. Saya jarang menolak undangan Rozan, anak muda yang
berbakat dalam kesusasteraan dan deklamasi. Lagipun, kali ini saya
berpeluang mengikuti apresiasi karya Siddiq Fadzil oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Saya telah berbicara di sana sini, bahawa pada 1973 dan 1974, Anwar ialah tutor subjek Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pensyarah untuk kursus itu ialah Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Anwar amat memahami buku Naquib yang menggunakan judul sama dengan nama kursus: Islam dalam Sejarah dan Kesusasteraan Melayu. Elok dicatatkan, pada 2011, Prof Naquib menerima anugerah Tokoh Melayu Terbilang Umno.
Kuliah Prof Naquib dan tunjuk ajar tutorial Anwar mengenai subjek berkenaan adalah seiring. Anwar benar-benar faham akan subjek dan maksud Naquib. Selain itu, kerap pula beliau menyebutkan nama pengarang lain yang sejajar dengan Naquib, misalnya Ismail Al-Faruqi, Cesar Adib Majul, dan beberapa lagi.
Anwar memaparkan pandangan dan penemuan sarjana itu, dan golongan pelajar senang mendengar huraiannya. Saya masih ingat judul buku yang disebut Anwar, antara lain buku Al-Faruqi, Our Beginning in Wisdom dan juga buku Adib Majul, Muslims in the Philippines.
Saya menyebutkan semua di atas, kerana dalam menyampaikan apresiasi terhadap buku Islam dan Melayu karya Siddiq Fadzil, Anwar ada menyebutkan bahawa buku ini sejajar dengan buku Naquib dari segi kekuatannya. Oleh itu, jika pandangan Anwar dipersetujui, maka dapat kita katakan bahawa Siddiq Fadzil tiba ke tahap Naquib Al-Attas, Ismail Al-Faruqi dan Adib Majul. Betulkah begitu?
Dalam tulisan yang lepas, ada saya sebutkan dalam hal ilmu seumpama ini, Anwar amat cekap. Beliau cekap mendaftarkan fakta dan berupaya menghuraikannya dengan kemas. Jika Anwar tidak memasuki gelanggang tendang terajang politik yang biasa-biasa seperti sekarang, saya kira beliaulah yang tiba ke tahap Naquib Al-Attas, bukan Siddiq Fadzil. Namun, biarlah demikian, semua ini subjektif.
Bicara Anwar pada 25 Jun lalu menyentuh beberapa hal penting. Misalnya, beliau mengingatkan kembali kenyataan Naquib bahawa Islam mengubah jiwa bangsa Melayu. Memang, dalam buku Naquib, teori otoktoni ditolak. Menurut Naquib, teori itu, iaitu yang mengatakan kepercayaan Islam disesuaikan saja dengan kepercayaan yang sedia ada dalam masyarakat Melayu purba, tidak sesuai.
Teori itu sesuai untuk dipadankan dengan agama lain. Selain itu, Anwar juga menyebutkan konsep public intellectual (intelektual umum). Mereka ini, katanya, tidak hanya sekadar sarjana, jauh sekali profesor kangkung.
Menurut Anwar, ajakannya agar Siddiq Fadzil menyertai parti politik, ditolak Siddiq. Berkaitan dengan perkara ini, berbalik pada konsep public intellectual, kegiatan politik kepartian adalah kesilapan. Kegiatan politik kepartian, walaupun dipercayai orang terdekat dan pengikut taksub, langsung tidak dihayati pihak parti lawan. Ini ialah segi keburukan demokrasi.
Adalah hak sesiapa untuk memilih politik kepartian yang kerap durjana, atau menjadi pemikir yang membaiki kesilapan. Anwar telah menentukan jalan hidupnya, iaitu beliau mahu menuju ke Putrajaya, baik melalui Umno dan BN pada masa dulu, mahupun melalui PKR dan PR masa kini.
Dalam keadaan begini, beliau berhadapan dengan Datuk Seri Najib Razak, yang dapat dikira adik beliau dalam Pergerakan Pemuda Umno pada masa lalu. Sesetengah daripada rakyat percaya bahawa mereka berdua serius dalam pertentangan, namun sesiapa yang betul-betul tahu kesenian politik, apa-apa yang sudah, sedang dan akan terjadi, betapa dahsyat pun, adalah olok-olok yang kelihatan sungguh-sungguh.
Dalam majlis berkenaan saya juga memberikan perhatian terhadap persembahan Rozan yang membawa suara bijaksana Melayu masa lalu. Saya fikir persembahan itu bagus, dan adalah baik jika latihan ditambah untuk persembahan akan datang.
Saya sebenarnya telah mencipta konsep persembahan puisi artistik, dan Datuk A Samad Said (yang turut berada di majlis) telah menyebutkan kaedah PPA itu dalam satu makalahnya. Rozan amat tahu tentang itu, cuma mungkin beliau berhadapan dengan kerja yang banyak, maka latihan kurang./SinarHarian

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...