KUALA LUMPUR 10 Julai: Rayuan Peguam Negara terhadap keputusan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim
daripada tuduhan Fitnah II adalah bermotif politik.
Ahli
Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, ia dibuktikan apabila
penghakiman bertulis kes itu hanya dikeluarkan awal bulan ini walaupun
keputusan dibuat pada 9 Januari lalu.
Katanya, kelewatan itu juga jelas menunjukkan badan kehakiman telah diperalat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Ini satu lagi taktik politik terdesak pentadbiran Najib untuk
mengekang pergerakan Anwar menjelang pilihan raya umum akan datang
dengan harapan Pakatan Rakyat tidak menang,” katanya kepada Keadilan Daily.
Sivarasa yang juga peguam berkata, Najib patut berdebat dengan Anwar
bagi membuktikan keberanian beliau, bukannya bermain politik kotor
seperti ini.
“Najib
sepatutnya berdebat dengan Anwar berhubung ekonomi negara kerana ia
bentuk politik baru yang sihat dan adil bukannya menekan institusi
kehakiman untuk membunuh kerjaya politik beliau,” kata Ahli Parlimen
Subang itu lagi.
Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Kamaluddin Md Said dilapor
mengesahkan petisyen rayuan difail semalam, namun enggan mendedahkan
alasan rayuan itu.
“Kami akan berhati-hati dengan tindakan pentadbiran Najib ini kerana
selain ia bermotif politik, ia juga bertujuan untuk memerangkap Anwar
dan buat masa ini, kita menanti apa tindakan susulan Jabatan Peguam
Negara.
“Selepas itu, barulah kita akan membuat kenyataan mengenainya,” kata Sivarasa lagi.
Dalam penghakiman bertulis setebal 80 muka surat pada 2 Julai lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
memutuskan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
memutuskan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ini kerana katanya, sampel itu boleh diusik sebelum sampai kepada
Jabatan Kimia untuk dibuat analisis dan oleh itu beliau membebas dan
melepaskan Anwar dari tuduhan Fitnah kali kedua itu pada 9 Januari lalu.
Sebelum ini, Fitnah 1 bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Tun
Dr Mahathir Mohamad memenjarakan Anwar sebelum Ketua Pembangkang itu
dibebaskan dari semua tuduhan pada 2004./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...