Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Julai 07, 2012

Pendirian bersara jika gagal PRU13 kekal - DSAI

SHAH ALAM -  - Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian mahu berundur dan menyerahkan perjuangan politik kepada generasi muda sekiranya beliau gagal dalam misi mengemudi Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).

Ketua Pembangkang ini menekankan perkara itu di sebalik gesaan anaknya, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin PR termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa barisan pembangkang masih memerlukan kepimpinan beliau.

"Ini cubaan saya yang terakhir. Jika kami menang, kami akan meneruskan. Jika tidak, biar generasi baru mengambil alih perjuangan.
"Biar saya bersara dan kembali kepada (kerja) mengajar," kata beliau pada ceramah yang di Rawang malam tadi.

Ceramah itu kemunculan pertama Anwar sejak temu bual dengan Financial Times baru-baru ini bahawa beliau akan bersara jika gagal dalam misi menawan Putrajaya pada PRU13.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, PR masih memerlukan khidmat Anwar untuk memastikan kemenangan pada PRU13.
Katanya, beliau tidak menafikan khidmat yang ditunjukkan ayahnya diperlukan dalam perjuangkan hak rakyat mendapatkan keadilan.

Dalam laporan Financial Times, Anwar dipetik berkata beliau menimbang akan bersara daripada politik sekiranya PR gagal merampas Putrajaya pada PRU13.

Katanya, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik iaitu mengajar sama ada di dalam ataupun luar negara.

Menurut Nurul Izzah, berkemungkinan kenyataan yang dikeluarkan lebih meminta keseluruhan jentera PR secara keseluruhannya menumpukan usaha dalam proses memenangi PRU13.
Bagaimanaun menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik.

"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri," katanya semalam.
Dr Mahathir berkata, kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU13, Ketua Pembangkang itu masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Dipetik The Malaysian Insider hari ini, Anwar yang muncul di dua lokasi ceramah di Selangor malam tadi berkata, beliau yakin PR akan menang kali ini.
"Saya yakin, insya-ALLAH, Pakatan Rakyat akan menang, kami akan mempertahankan Selangor dan menuju ke Putrajaya," katanya lagi./SinarHarian


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...