Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ikhlas untuk menghapuskan
undang-undang yang zalim, maka beliau tidak perlu menggantikan Akta
Hasutan 1948 dengan undang-undang yang serupa.
"Isu asas adalah sama ada anda menyokong undang-undang zalim.
Jika anda mengatakan tidak, maka tidak timbul persoalan untuk memperkenalkan akta baru bagi menggantikan atau untuk membuat pindaan," katanya ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta petang semalam.
Minggu lepas, perdana menteri mengumumkan Akta Hasutan era penjajahan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional yang akan membolehkan lebih banyak ruang untuk mengkritik kerajaan.
Bagaimanapun, Anwar mendakwa bahawa dengan mengantikan undang-undang tersebut, parti dominan pemerintah, Umno, akan masih menyalahgunakannya.
"Ia akan menjadi seperti Akta Perhimpunan Aman - Mungkin nama yang berbeza, tetapi impaknya adalah sama," katanya.
Anwar turut mengecam penggunaan slogan BN 'Janji ditepati' sebagai tema bagi Hari Merdeka, dan mendakwa gabungan itu menyalahgunakan sambutan tersebut untuk tujuan politik./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...