Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 23, 2012

DAP: Umno yang ada kaitan komunis, bukan kami

Setiausaha agung DAP Lim Gua Eng menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai hubungan dengan elemen komunis – tidak seperti Umno yang menjalankan usaha seperti itu.

Katanya, tindakan sebaliknya perlu dijalankan ke atas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kerana menubuhkan sekretariat tetap dengan Liga Pemuda Komunis China.

khairy jamaluddin bn youth volunteers 240612"Bukankah sepatutnya Khairy Jamaluddin ditangkap dan didakwa kerana ingin memulihkan komunisme dengan menubuhkan sekretariat tetap pada 12 Oktober 2009 yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Pemuda Komunis China (CYL)?

"Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin telah berkata bahawa sekretariat tetap itu akan membolehkan program-program dua hala yang berterusan untuk mengeratkan hubungan antara dua entiti tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Berbanding dengan dakwaan susupan komunis ke dalam DAP, sekretariat tetap antara CYL dan Pemuda Umno adalah hubungan langsung yang dilakukan secara disedari dengan persetujuan penuh Khairy Jamaluddin," katanya.

Beliau mengulas dakwaan yang ditimbulkan oleh seorang pegawai Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Mohd Sofian Md Makinuddin bahawa pengganas Jemaah Islamiah dan komunis masing-masing telah menyusup ke dalam PAS dan DAP.
Lim berkata Mohd Sofian dan pegawai tinggi Cawangan Khas yang lain perlu meletak jawatan kerana gagal bertindak ke atas Khairy kerana membuat hubungan dengan CYL dan bukannya "mencari bayang-bayang komunis" dalam DAP.

Malah, Cawangan Khas PDRM juga tidak menentang tindakan Malaysia membuat hubungan diplomatik dengan China dan rejim Marxis seperti Cuba.

Katanya lagi, tiada pemimpin DAP yang ditahan bawah ISA sebelum ini yang dikaitkan denga komunis.
Menteri perlu berani

"Adalah jelas bahawa cubaan untuk mengaitkan DAP dengan komunis ini adalah satu muslihat politik pilihan raya untuk menakutkan orang Melayu untuk menyokong Umno dan BN," katanya.

Tambahnya, Cawangan Khas sepatutnya telah mengubungi pemimpin tertinggi DAP untuk membuktikan bukti bahawa komunis telah menyusup ke dalam parti itu.

"Dengan memilih untuk membuat pengumuman awam tanpa terlebih dahulu memaklumkan pucuk pimpinan DAP, Mohd Sofian dan Cawangan Khas berkelakuan tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.

"Ini tidak lain dan tidak bukan adalah tindakan oportunis politik oleh Cawangan Khas untuk membuat serangan tidak berasas ke atas DAP tanpa menunjukkan bukti," katanya.

Tambahnya lagi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein perlu menunjukkan keberanian dengan mengarahkan Cawangan Khas menunjukkan bukti dakwaan berkenaan.

"Jika Hishamuddin gagal melakukan demikian, maka sebenarnya Cawangan Khas yang sudah disusup oleh Umno," katanya./MalaysiaKini
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...