KOTA BHARU - Biarkan pelaksana hukuman hudud ditentang keras Pengerusi
DAP Karpal Singh, Pas Kelantan menegaskan hanya rakyat berkuasa
menentukan dasar kerajaan termasuk pelaksanaan undang-undang Islam.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
berkata, situasi itu berlaku melalui sistem demokrasi khususnya pilihan
raya.
“Dalam soal ini, rakyat memainkan peranan utama, contohnya, Pas tidak
bersetuju perjuangan menegakkan negara sekular, tetapi kita hendak
halang macam mana sebab rakyat yang menentukan perkara itu,” katanya
kepada pemberita.
Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi
DAP, Karpal Singh yang mengatakan DAP tetap menentang pelaksanaan hukum
hudud di negara ini biarpun mengakui Islam agama rasmi negara mengikut
perlembagaan.
Dalam kenyataan itu, Karpal berkata, kenyataan itu adalah pendirian DAP bukan pandangan peribadinya.
Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,
Pendidikan dan Dakwah itu menegaskan Pas akan tetap berjuang secara
berterusan menegakkan syariat Islam biarpun terdapat pihak yang tidak
bersetuju dengan dasar perjuangan parti itu.
“Bagi memperjuangkan agenda Islam seperti yang Pas bawa ini pun rakyat
yang boleh menentukan kejayaan ia. Tetapi kita tidak akan berhenti
memperjuangkan Islam, semata-mata sebab ada orang yang tidak bersetuju.
Di sini usaha kita ialah berterusan memberi penjelasan kepada rakyat dan
biar rakyat membuat keputusan,” katanya.
Mohd Amar yang dilantik sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa
teknikal hudud Kelantan menyifatkan penentangan daripada Karpal itu
bukan suatu perkara yang luar biasa memandangkan Umno sendiri tidak
menyukai pelaksanaan hukum itu di negara ini.
Malah beliau berkata, MCA turut menolak undang-undang Islam itu dengan
menyuarakan hasrat akan keluar daripada Barisan Nasional (BN), sekiranya
Umno menyokong hudud.
“Dari segi politik bukan satu benda yang pelik sebab MCA sendiri pun
menentang undang-undang hudud dan bila Adun Kemelah mencadangkan supaya
Johor melaksanakan undang-undang hudud, Presiden MCA, Datuk Seri Dr.
Chua Soi Lek menggunakan istilah keras, jadi saya rasa lebih teruk lagi
dari DAP,” katanya.
Bagaimanapun Mohd Amar berkata, Pas menghormati pendirian DAP tersebut
dan tidak menjangkakan DAP boleh menerima secara terbuka memandangkan
berkemungkinan tidak memahami sepenuhnya tentang hukum tersebut./SinarHarian
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Selasa, Julai 31, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
Guru dikait salah laku seksual ditempatkan di PPD sementara siasatan - Mohd Roji KawiKUCHING: Guru yang dikaitkan dengan dakwaan kes salah laku seksual di sebuah sekolah di negeri ini kini ditempatkan di Pejabat Pendidikan Dae...8 jam yang lalu
-
Isyarat Baharu Politik Rompin, Seramak 65 Orang Ahli BERSATU Kembali Menyertai UMNO - *ROMPIN*: Keputusan 65 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Rompin kembali kepada UMNO dilihat sebagai petunjuk bahawa sokongan akar umbi di dae...10 jam yang lalu
-
LEE CHIAN CHOONG LEPASKAN JAWATAN 𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁. 𝗡𝗮𝗺𝘂𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶, - Lee Chean Chung 𝗦𝗲𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝟭𝟴 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝟴 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗻...13 jam yang lalu
-
Membaca kesan perpisahan Pas dengan Bersatu - *RENCANA* SATU lagi penantian politik sudah bertitik noktah semalam apabila PAS secara rasmi memutuskan hubungan politik dengan Bersatu. Keputusan itu d...3 hari yang lalu
-
5 Sebab kenapa anda kena mulakan Bisnes simkad Tone Wow - 5 Sebab kenapa anda kena mulakan Bisnes simkad Tone Wow. Especially pada yang memang sedang mencari peluang untuk tambah income, ini adalah platform ya...4 hari yang lalu
-
MALAPETAKA TERUS MENIMPA BERSATU, HAMPIR 30 BAHAGIAN BUBAR - Beralihnya sokongan sejumlah besar Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Bersatu memberi kepada Hamzah Zainuddin sebaik pemecatannya adalah ibarat malapetaka ...3 bulan yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...2 tahun yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...4 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...4 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...4 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...5 tahun yang lalu
-
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com7 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...8 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...8 tahun yang lalu
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PMX
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...