KUALA LIPIS 11 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengumumkan satu kejutan besar akan berlaku dalam politik Sabah pada
pilihan raya umum akan datang.
“Akan ada kejutan dalam pilihan raya akan datang. Sabah khasnya akan menyaksikan satu kejutan besar.
“Sebab itu Najib (Razak) takut nak umumkan tarikh pilihan raya. Bila
nak tunggu tarikh kena tanya Rosmah (Mansor), Rosmah pula tengok Najib.
(Dua-dua) tak boleh nak tahu tarikh pilihan raya,” katanya disambut
tepukan gemuruh 5,000 hadirin.
Beliau berkata demikian dalam Ceramah Umum Pakatan Rakyat (Pakatan) di Berchang, Kuala lipis, Pahang malam tadi.
Baru-baru ini, bertiup kencang spekulasi enam pemimpin BN Sabah akan
menyertai KEADILAN. Mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ketua
Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang mahu menaikkan orang-orang
kepercayaan beliau menjadi calon dalam PRU akan datang. Situasi itu
menyebabkan Najib masih mahu menangguhkan PRU sehingga kemelut Sabah
dapat diselesaikan.
Ketua Umum KEADILAN itu turut mengulangi janji-janji pilihan raya oleh Pakatan Rakyat.
Katanya, sebaik sahaja Pakatan menang, harga minyak akan diturunkan. Begitu juga tarif elektrik dan pendidikan percuma.
“Pakatan akan melaksanakan janji termasuk menurunkan harga minyak,
tarif elektrik, mengkaji PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional) dan memberikan pendidikan percuma,” katanya.
Beliau juga mengulangi bahawa pelabur Arab akan datang dengan
sejumlah besar pelaburan jika beliau diberikan amanah sebagai Perdana
Menteri oleh rakyat.
Biarpun dalam hujan lebat, orang ramai setia menunggu sehingga Anwar
menghabiskan ucapan. Jelas kelihatan gelombang perubahan sedang melanda
rakyat Pahang yang beberapa tahun lalu tidak berminat menghadiri ceramah
Pembangkang./KeadilanDaily
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...