KUALA LUMPUR 4 Julai: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah
Mansor sekali lagi memberi gambaran negatif terhadap suaminya, Datuk
Seri Najib Razak yang sememangnya dianggap lemah kerana dikuasai isteri,
kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa.
“Najib
dilihat gagal melaksanakan tenggungjawab selama ini kerana isterinya
acap kali dilihat mengambil alih tugas dan menghadiri majlis-majlis
bersama rakyat,” katanya.
Semalam, Rosmah muncul dalam satu wawancara bertajuk “Ekspresi Remaja
bersama Perdana Menteri” kelolaan rancangan Selamat Pagi Malaysia
terbitan RTM1.
Penampilan beliau itu menimbulkan tanda tanya kepada rakyat khususnya
golongan remaja siapa Perdana Menteri sebenarnya, adakah Rosmah atau
Najib.
Sebelum ini, Rosmah beberapa kali mewakili suaminya menghadiri majlis
seperti Karnival Deepavali 1Malaysia di Little India dekat Brickfields
serta Program Mesra Bersama Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR)
Taman Wahyu 2, Mac lalu.
Mengulas lanjut, Fariz berkata, tindakan Rosmah itu seperti
menidakkan tugas Timbalan Perdana Menteri serta menteri lain yang
sepatutnya menjadi pemangku di waktu ketiadaan Najib.
“Rosmah kelihatan lebih menguasai pentadbiran dan urusan kerajaan,” kata Fariz yang juga Ketua Koordinasi Jingga 13.
Beliau turut menyifatkan tindakan Rosmah yang sering muncul dalam kebanyakan program tidak ubah seperti ‘kaduk naik junjung’.
“Perkara begini tidak pernah berlaku sebelum ini. Jika kita lihat
isteri lima Perdana Menteri sebelum ini semua bersifat ‘low profile’,”
jelasnya.
“Kejadian seperti ini boleh disifatkan agak luar biasa yang hanya pernah dilakukan Rosmah,” kata Fariz lagi./KeadilanDaily
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Hairan ya? Kenapa Rosmah di atas?
BalasPadam